Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

August 31, 2008

AKAN DATANG: TEATER MUZIKAL IBU ZAIN


Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman
Ibu Zain (1903 - 1989)

**************************************
Buat baik ayuhai rakan
Ke dalam laut terus campakkan
Jikalau tidak dikenal ikan
Allah mengetahui iakah bukan

Buatlah jasamu teruna Siti
Hidupmu biar membawa erti
Kamu mati semut pun mati
Jasa itulah bezanya nanti.
Rosminah Tahir, 2008

******************************************
Anjuran:

Suasana Malam Gala : 13 Ogos 2008







Ketibaan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Datin Sri Nooriah Ana, Dato' Seri Zulhasnan





Dari kiri: Sasterwan Negara Dato A. Samad Said, Tan Sri Sabbaruddin Chik & isteri.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan cenderahati kepada pengarah Teater Muzikal Ibu Zain, Rosminah Tahir

Tetamu Kehormat (14 Ogos): Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah

Suntingan gambar-gambar dari


Ketibaan Tun di Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Teater Muzikal Ibu Zain





Datin Sri Nooriah Ana menyampaikan cenderamata kepada Tun Dr Siti Hasmah.






Penuh Emosi: Kak Azean Irdawaty menemui Tun



Tun Menemui Pelakon




Showtime!! Kenangan Pementasan Teater Muzikal Ibu Zain



Para pelakon yang menjayakan pementasan Muzikal Ibu Zain






Seri Kandi kau emas tempawan



Menyuluh hasrat cita idaman



Lepas dari belenggu cengkaman



Kembalikan tanah ketuanan.



*Liza Othman sebagai Siti mendodoikan keenamnya, Zainun @ Ibu Zain






Hari pertama ke sekolah



*Tadika pertama yang dikelolakan oleh kaum Melayu di Tanah Melayu. (Kampung Pasuh Jaya Waras. Pengasas: Ibu Zain.)





Nan Setitik jadikan laut, nan sekepal jadikan gunung



*Munshi Sulaiman (ayah kepada Ibu Zain) yang dilakonkan oleh Dato' Rahim Razali




Bersepakat Membawa Berkat : Cikgu-cikgu berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton sekalian.



*Tertubuhnya Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor & Majalah Bulan Melayu



Kekejaman & kerakusan Jepun di Tanah Melayu



Nostalgia: Ibu Zain mendermakan rantai emas daripada jam pemberian arwah abangnya untuk mengumpul dana bagi kemerdekaan Tanah Melayu






Cikgu Jumilah @ Sherry: Tn Syed, Tulislah karangan yang berani, bukan kisah-kisah yang berahi!!

Tertubuhnya kolej impian Ibu Zain, Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam: Mercu kejayaan & kebanggaan kepada Ibu Zain.

(*Gambar suntingan dari Minaq_Jinggo Fotopages)

Perkarangan Istana Budaya sebelum pementasan



Beratur untuk masuk ke dalam Panggung Sari

August 30, 2008

Laporan Media: Persembahan Teater Muzikal Ibu Zain



15/8/08: Bernama : ROSMAH HOPES DR M, SITI HASMAH WILL REJOIN UMNO
Datin Seri Rosmah Mansor, the wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said today that she hoped Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali would rejoin Umno.Rosmah said she was confident that the former prime minister and his wife still loved Umno although they left the party in May.She thanked Dr Mahathir for his willingness to grace the Ibu Zain Musical Theatre at Istana Budaya here tonight.Speaking to reporters after meeting a delegation from the Malaysian Women Writers Association at her residence here today, Rosmah, who is also the patron of the show, urged politicians especially women polticians to watch its as it portrayed Ibu Zain's life journey."Ibu Zain's encouraging words should be treasured by politicians especially Wanita and Puteri Umno members," she said.-- MOREROSMAH-MAHATHIR 2 (LAST) KUALA LUMPURIbu Zain Musical Theatre executive producer Noraini Nordin said she also planned to stage the play in Permatang Pauh as part of the by-election campaign.She said she would propose the idea to Datuk Seri Najib Tun Razak who is heading the Barisan Nasional election machinery there.The musical depicts the struggle of Ibu Zain whose real name is Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman. Ibu Zain fought against the formation of the Malayan Union in 1946 and championed women's rights through Wanita Umno.The play, which will be staged over seven days at Istana Budaya, ends on Monday.-- BERNAMANSS KAM MAI MB HA

15/8/08: Plans To Stage "Ibu Zain" Musical Nationwide
http://web7.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=352895
KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The musical 'Ibu Zain' will be staged nationwide if there are requests, including in Permatang Pauh to give Malaysians an opportunity to appreciate Umno's struggle to gain independence for the country.The patron for the musical, Datin Seri Rosmah Mansor said the production crew was keen to stage it in Permatang Pauh to create awareness among its people the sacrifices past leaders made in the effort.The Deputy Prime Minister's wife said this during an interview on Bernama TV's Helo Malaysia progamme Thursday night.Rosmah said all Umno members should watch the show to gain an insight into the struggle of past Umno leaders in bringing dignity to the Malays.She said shows like this could help instill noble values among the younger generation as theatre was a more effective medium for the purpose than books as the (theatre) experience will be remembered for a long time.Meanwhile, the musical's executive producer Noraini Nordin said she would be more than glad to bring the show to other states to give all Malaysians a chance to view it.-- BERNAMA




22/08/08: Musical brings Ibu Zain to life on stage





KUALA LUMPUR: The life of Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, better known as Ibu Zain, was staged in a packed hall during a gala night at Istana Budaya here recently.
Reliving the times before independence, the musical depicted Ibu Zain as a student, teacher, wife, author and independence fighter.
Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique and his wife Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak and Datin Seri Shuryani Shuaib, wife of Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal were present at the event.
Later, the VIPs presented souvenirs to the creative team led by director Rosminah Tahir.
The leading cast members were Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Nur Fatimah, Hisham Ahmad Tajuddin, Catriona Ross, Avaa Vanja and Mazin Ameen Siraj.
The musical was staged in Panggung Sari of Istana Budaya from August 12-18.




18/8/08: Pelakon mantapkan teater Ibu Zain
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20080818075550/Article/
Oleh Zaidi Mohamad


Empat watak utama miliki keistimewaan sendiri APABILA menyebut teater muzikal, selain aspek lakonan, dua aspek penting yang perlu dititikberatkan ialah gerak tarian dan nyanyian yang saling melengkapi. Lalu sesuatu yang harus dipuji dalam teater muzikal Ibu Zain yang berlangsung pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos di Istana Budaya ialah semua pelakon yang terbabit perlu menyanyi walaupun mereka bukanlah penyanyi kecuali Nur Fatimah.Watak Ibu Zain ditunjangi empat pelakon mewakili empat generasi berbeza iaitu Liza Othman ketika dewasa, Nur Fatimah (muda), Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin (remaja) dan Nurul Syariza Nor Azim (kecil). Keempat-empat mereka mempunyai tarikan dan keistimewaan berbeza dan sesuatu yang wajar dipuji ialah dari segi pemilihan pelakon bagi watak Ibu Zain yang dilihat senada dan seiring kerana masing-masing mempunyai iras muka yang agak sama. Fasa perubahan dan peningkatan imej watak Ibu Zain juga dilihat sekata dan menunjukkan kaitan yang kuat. Sesuatu yang menarik perhatian penulis ialah watak Jemaah dan Ramlah (ketika besar) yang ditangani baik pelakon baru bernama Farah Adila.Bagi sebuah pementasan teater, tanpa ragu lantunan dan lontaran vokal yang jelas, lancar, kuat dan berjiwa mampu memberikan tarikan dan fokus buat penonton. Itu dibuktikan oleh Farah Adila, graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kemampuan adik Tengku Iezahdiyana juga sangat meyakinkan dan perlu diberi perhatian. Anak gadis berusia 16 tahun ini sudah mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak kecil lagi. Selain Ibu Zain, dia pernah berlakon teater Laila Majnun, Rubiah, Tun Perak dan Siti Di Alam Fantasi. Yang lebih penting ialah untuk kita sebagai penonton melihat cebisan perjuangan Ibu Zain tatkala laluan hayatnya berdepan dengan saat getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, komunis, darurat dan kebangkitan Malayan Union sehingga Tanah Melayu (Malaya) mendapat kemerdekaan. Turut berlakon dalam teater terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan arahan Rosminah ialah Datuk Rahim Razali, Sahronizam Noor, Catriona Ross dan Avaa Vanja.INFO:· Orang ramai yang berminat menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain, tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.· Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web www.istanabudaya.gov.my dan hubungi talian box office, 03-4024 8715 atau 03- 4026 5558






18/8/08: Ibu Zain semai semangat jati diri




TEATER muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir yang kini sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga malam ini sememangnya sarat dengan semangat patriotik dan nilai moral yang tinggi.Mungkin isu-isu itu biasa diserlahkan dalam pementasan genre tersebut, tetapi pengarah teater ini sedikit berani mengetengahkan isu mubaligh Kristian yang bergiat aktif di sebalik penubuhan sekolah-sekolah Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu pada era tahun 1940-an.Rosminah mengungkap kebijaksanaannya dalam menangani kebimbangan terhadap fenomena itu menerusi dialog-dialog yang diperturunkannya menerusi watak Ibu Zain yang secara tersirat membayangkan bahawa keadaan itu terkawal.“Saya sudah belajar kitab Injil dan al-Quran sedangkan puan (Shellabear) hanya belajar Injil sahaja. Saya tahu kedua-duanya sekali. Jadi, sekarang siapa yang lebih pandai?,” ujar watak Ibu Zain semasa zaman remajanya berdialog dengan Shellabear yang merupakan salah seorang mubaligh Kristian ketika itu.Pengetengahan isu itu mungkin timbul kerana pada ketika itu pihak penjajah telah menubuhkan banyak sekolah aliran Inggeris yang sekali gus cuba menyebarkan agama Kristian terutamanya di kalangan orang Melayu.Watak Ibu Zain yang juga mewakili wanita pada zamannya diperlihatkan dengan kredibilitinya yang tersendiri bukan sahaja sebagai seorang pelajar pintar tetapi juga ibu yang amat bertanggungjawab selain ketokohannya dalam bidang perguruan ketika mendidik anak bangsanya.Biarpun pementasan arahan Rosminah Tahir itu dipentaskan sempena menjelangnya Hari Kemerdekaan negara yang ke-51 pada 31 Ogos ini, tetapi naskhah ini juga boleh dan sesuai untuk dipentaskan pada bila-bila masa.Selaku penulis skrip, beliau juga bijak mencipta dialog yang bukan sahaja sinis dan berbau kelucuan tetapi juga menyuntik semangat kesedaran tentang perjuangan Ibu Zain atau nama sebenarnya Zainun Munsyi Sulaiman dalam menyemai semangat jati diri di kalangan penonton.Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai tersebut, Rosminah turut menyelitkan banyak dialog lucu dan spontan bagi menggambarkan tentang perjuangan Ibu Zain semasa menerajui persatuan guru-guru wanita di Johor ketika itu.Justeru, teater muzikal ini bukan setakat untuk tontonan individu, sebaliknya ia juga paling sesuai ditonton bersama seisi keluarga kerana banyak nilai pembelajaran, kesedaran dan sejarah yang boleh diimbau menerusi naskhah ini.Apatah lagi, dengan berkonsepkan muzikal yang diselang-selikan dengan lagu-lagu yang mendayu-dayu serta dialog-dialog mudah tetapi sarat dengan elemen-elemen tersebut, ia menambahkan lagi daya tarikannya.Antara lagu khas yang diperdengarkan menerusi teater muzikal ini berjudul Seri Kandi Emas Tempawan dan Nan Setitik Jadikan Laut yang digubah oleh Nik Nizam Jaafar dan liriknya pula ditulis oleh Rosminah Tahir.Watak-watak lakonan pelakon seperti Farah Adila Apandi yang melakonkan watak Jemaah dan Ramlah, Sharifah Mariam Syed Abdullah (Jumilah) dan Tania Zainal (Munah) banyak mencetuskan hilai tawa para penonton pada malam itu.Tidak dinafikan tiga pelakon ini paling banyak menceriakan pementasan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia ini yang turut menampilkan ramai pelakon terkenal seperti Datuk Rahim Razali, Catriona Bahrin Ross, Nur Fatimah, Sahronizam Noor, Mazlan TahirHisham Ahmad Tajuddin dan Avaa Vanja.Teater yang dinaungi oleh Penaung Kehormatnya iaitu isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu tidak ketinggalan mencetuskan rasa keinsafan melalui adegan pendudukan tentera Jepun yang terkenal kerana bersikap kejam dan buas.Baru-baru ini, Rosmah hadir menonton pementasan bersama-sama Penaung teater muzikal Ibu Zain, Datin Seri Nooriah Ana Abdul Razak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Omar Awang.


16/8/08: Ibu Zain di Permatang Pauh?



LUMPUR 15 Ogos - Teater Ibu Zain akan dipentaskan ke seluruh negara sekiranya terdapat permintaan, termasuk ke Permatang Pauh bagi memberi peluang penduduk kawasan itu menghayati perjuangan UMNO mencapai kemerdekaan.Penaung Kehormat teater itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, tenaga produksi teater itu memang berminat untuk mementaskan teater yang menceritakan perjuangan Ibu Zain ke Permatang Pauh bagi menyedarkan orang kawasan itu tentang perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara."Mereka nak juga membawa teater ini ke Permatang Pauh sebagai satu cara untuk menyedarkan orang Permatang Pauh tentang pejuang UMNO dan merdekanya negara kita ini oleh kerana pejuang UMNO, pejuang mereka yang terdahulu," kata isteri Timbalan Perdana Menteri itu ketika menjadi tetamu rancangan Helo Malaysia terbitan BernamaTV.- Bernama








15/8/08: Rosmah harap Dr M, isteri kembali ke pangkuan Umno


KUALA LUMPUR: “Saya harap Tun (Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) berdua terbuka hati untuk kembali ke pangkuan Umno selepas menonton Teater Muzikal Ibu Zain nanti,” demikian harapan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Katanya, walaupun Dr Mahathir bersama isteri sudah keluar dari parti, beliau yakin bekas perdana menteri itu masih menyayangi Umno.“Biarpun Tun berdua sudah meninggalkan Umno, saya percaya Tun masih ingat dengan perjuangan Umno,” katanya selepas perjumpaan dengan Persatuan Penulis Wanita Malaysia di sini, semalam. Rosmah mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan isteri kerana sudi hadir menonton teater muzikal perjuangan kemerdekaan Ibu Zain itu di sini, malam tadi.


14/8/08: Rosmah harap Dr M, isteri kembali



KUALA LUMPUR: Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan kembali semula ke pangkuan Umno.Katanya beliau yakin bekas perdana menteri itu dan isterinya masih menyayangi Umno walaupun kedua-duanya sudah meninggalkan parti itu pada 19 Mei lalu kerana kecewa lalu menganggap Umno sekarang tidak lagi seperti Umno yang ditubuhkan 62 tahun lalu.Rosmah juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan isteri kerana sudi untuk hadir teater muzikal mengenai pejuang kemerdekaan Ibu Zain di sini malam ini.Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Persatuan Penulis Wanita Malaysia di kediamannya di sini hari ini, Rosmah yang juga penaung teater itu, menyeru ahli politik terutamanya wanita untuk sama-sama menonton teater berkenaan untuk menghayati perjuangan Ibu Zain.

PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN

Majlis Pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain


Tarikh : 23 Julai 2008
Masa : 3 petang
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya, KL


Vip :
1) YBhg Datin Seri Rosmah Mansor (Isteri Timbalan Perdana Menteri)
2) YBhg. Datin Seri Nooriah Ana Abdul Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

PELAKON: Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Catriona Rossa, Ava Vanja,
Shahronizam Noor, Mazin Ameen Siraj, Nur Fatimah Abdul Wahab,
Tania Zalina Zainal Abidin dll





Penuh adat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melaksanakan adat cukur jambul Ibu Zain.









Tenaga Usaha Teater Muzikal Ibu Zain bersama VVIP.





Interaksi bersama media




(Dari Kiri: Ketua Pengarah IB; Tuan Mohd. Juhari Hj Shaarani, Penaung Kehormat; Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung; Datin Seri Nooriah Ana, Pengarah Teater Muzikal Ibu Zain; Cik Rosminah Tahir)



Pelakon-pelakon Cilik Bersalaman dengan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor






Kehadiran rakan-rakan dari media amat bererti bagi warga Ibu Zain. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir & menjayakan majlis pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya.

August 6, 2008

Sensasi Rehearsal @ Ibu Zain


Kerusi? Apa yang istimewa tentang kerusi-kerusi props ini? Pada suatu hari yang mulia, ketika semua warga Ibu Zain khusyuk berlatih, tiba-tiba kedengaran satu bunyi letupan yang kuat. Terperanjat ada, tertanya-tanya pun ada.



Sherry : Awak jangan bagi tau orang lain tau....... Saya duduk hari itu, berkecai jadinyer...... Saya buat muka selamba..... tetapi ketahuan juga apabila mereka ternampak papan-papan yang berkecai. Tapi bukan salah saya :- Kerusi Budak-budak, Cikgu!

*Sherry, Assistant Stage Manager yang serba boleh & popular ini sering menceriakan produksi dengan telatahnya yang mencuit hati.

Semangat kental Ibu Zain dijiwai oleh pelakon-pelakon cilik Ibu Zain. Walaupun sibuk rehearsal, pelajaran tetap tidak ditinggalkan. Membuat persediaan untuk Peperiksaan Percubaan PMR & menyiapkan kerja-kerja sekolah.

August 4, 2008

Ucapan Penaung Kehormat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


DRAF UCAPAN MAJLIS PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN 23 JULAI 2008 DI ISTANA BUDAYA.

Assalamualaikum w.b.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Barangkali sebahagaian daripada kita tidak pernah tahu betapa sulitnya perjalanan hidup tokoh-tokoh termasyor dunia termasuk tokoh-tokoh wanita yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum dinobatkan sebagai wirawati. Sepertimana tokoh-tokoh wanita terbilang negara, kita mengetahui sejarah mereka kerana ada penulisan dan berita. Namun saya percaya ada lagi kisah menarik yang tidak terpapar di mana-mana pendokumentasian. Terutama kisah-kisah yang terjadi disebalik peristiwa sejarah yang tercatat.

Maka itu adalah wajar jika kisah ketokohan dapat diperolehi melalui seni persembahan seperti yang sedang diusahakan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia bersama Istana Budaya untuk mementaskan kisah IBU ZAIN sejarawan Negara melalui Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos nanti. Pemilihan tarikh pementasan sesuai sekali dengan “mood” bulan kemerdekaan dan pemilihan tokoh seperti Ibu Zain sudah tentu akan menggamit jejak-jejak perjuangan anak watan ketika menentang penjajah.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Ibu zain mendapat pendidikan terbuka mengikut secular barat seiring kukuh dengan ilmu agama yang dititipkan oleh ayahnya Munsyi Sulaiman. Kedua-dua ilmu tersebut dimunafaatkan dalam perjuangannya membangunkan pendidikan untuk anak bangsanya sejak beliau berusia 13 tahun. Menubuhkan tadika pertama dipinggir hutan sempadan Pahang-Negeri Sembilan sekitar 1916 menunjukkan betapa semangat dan keringatnya tumpah tidak mengira tempat dan suasana tetapi berani bertindak demi memandang jauh kedepan bahawa anak-anak bangsanya jika tidak berilmu, tidak akan ada pembangunan dan tidak akan bernyawa sebuah Negara bangsa.

Tokoh besar dalam sejarah Negara ini telah meninggalkan inspirasi dan idea dikalangan kaum ibu untuk menjadi ibu manusia yang cerdik yang dapat mendidik anak-anak kenal dunia tanpa meninggalkan tuntutan akhirat seperti slogan katanya “Agama dididik moden dibela”.

Sebagai pendidik Ibu Zain bukan sahaja mengajar di sekolah tetapi juga melalui persatuan guru dan perkumpulan perempuan yang ditubuhkan serta menyalurkan nasihat dan pendapat melalui penulisan di majalah dan akbar waktu itu seperti “Bulan Melayu” dan “Majalah Guru”.

Keunggulannya melontarkan pemikiran-pemikiran baru dalam hukum Islam yang selaras dengan tuntutan masyarakat terutama memperjuangkan hak perempuan dan anak-anak telah mendekatkan Ibu Zain dengan segenap lapisan masyarakat hingga memudahkan beliau melibatkan diri menuntut kemerdekaan. Penentangan terhadap Malayan Union menyerlahkan ketokohan ibu Zain sebagai pemimpin hingga kemudiannya dilantik menjadi Ketua kaum Ibu UMNO dan menjadi ahli parlimen.

Semangat perjuangan Ibu Zain terhadap pendidikan, pesuratan dan politik tidak pernah luntur sepanjang hayatnya. Penemuan ini ingin jika dapat dirungkaikan dalam TEATER MUZIKAL IBU ZAIN, akan menjadi satu wadah menyalurkan sejarah keperibadian manusia yang dapat mendorong genarasi hari ini membaktikan diri pada nusa dan bangsa supaya menjadi ilmuan muda yang selalu ingin tahu dan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang telah membina peradaban bangsa.

Ibu Zain emas tempawan
langkahnya mendahuli masa
Ibu manusia bonda pahlawan
kasihnya tumpah pada semua
Ibu zain wanita perkasa
dewasa semasa remaja
remaja dikala berusia
membisik ketuanan milik kita

Semuga cita memenuhi hasrat. Semuga hasrat menjadi berkat dan contoh tauladan yang sepadan, dengan ini saya melancarkan pementasan produksi teater muzikal IBU ZAIN.

Terima kasih.

Ucapan Penaung: Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak



“PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN – SEMPENA ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-51 & MENGENANG PERJUANGAN UMNO”
LAMBANG SARI, ISTANA BUDAYA
KUALA LUMPUR
23 JULAI 2008 (RABU) @ 3.30 PTG



KATA-KATA ALUAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakuh, Salam Sejahtera dan Selamat Petang,

YBhg Tuan Haji Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya,

Yang Berusaha Cik Siti Rohayah Attan, Presiden Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM),

Yang Berusaha Cik Rosimah Mohd Tahir, Pengarah Teater Muzikal Ibu Zain,

Pegawai-pegawai Kanan Istana Budaya,

Para Pelakon dan Tenaga Produksi Muzikal Ibu Zain,

Rakan-rakan media yang sudi untuk bersama-sama kita pada petang ini,

YB-YB, Tan Sri, Puan Sri, Datuk-datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan,

1. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah dengan limpah izin dan innayahnya memberi kita peluang untuk sama-sama bertemu pada petang yang penuh barakah dan mulia ini di dalam satu majlis Pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke-51 dan Mengenang Perjuangan UMNO.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan juga Istana Budaya di atas inisiatif dan inovasi untuk menjayakan program murni ini.

Ini adalah merupakan majlis kedua yang melibatkan saya setelah majlis bulan Januari yang lalu untuk pementasan teater Nyonya.

PPWM sudah sebati sebagai sebuah badan yang bukan sahaja menjadi gagasan kepada pembangunan keupayaan wanita selaku penggerak arena penulisan negara, tetapi turut juga bergiat di dalam menggerak minda dan emosi rakyat menerusi pengeketengahan sejarah; terutama yang melibatkan kaum wanita.

Justeru itu, ia membuktikan bahawa peranan gagasan para penulis wanita dan juga badan bukan kerajaan (NGO) tidaklah hanya terhad kepada mengulas atau melapor berkenaan isu sosial, kemasyarakatan, isu-isu semasa serta pengolahan pentadbiran kerajaan dan negara semata-mata; tetapi turut juga memberi keutamaan dan perhatian yang sama berat terhadap kesinambungan semangat patriotisme dan ketrampilan kepimpinan dan perjuangan kemerdekaan untuk dititipkan kepada generasi rakyat Malaysia di abad ke-21 ini.

3. Syabas dan tahniah saya ucapkan, kita sama-sama berbangga dengan kejayaan ini. Di waktu yang sama, saya juga yakin bahawa PPWM akan dapat mengketengahkan lagi pelbagai lakaran sejarah kejayaan dan pengorbanan kaum wanita di negara kita, baik sebelum mahupun selepas merdeka.

Di waktu yang sama menerusi pementasan seumpama ini, kita dapat menyusuri sejarah dan mengerti akan suasana semasa ketika itu yang telah membangkitkan semangat juang dan patriotisme untuk menyumbang kepada proses memerdekakan negara di kalangan kaum wanita di Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia kaya dengan pengorbanan dan ketrampilan kaum wanita yangn turut sama berjuang ke arah meningkatkan kesedaran rakyat untuk melaungkan kemerdekaan negara dan kedaulatan Malaysia yang telah hampir 51 tahun merdekanya ini.

Tokoh-tokoh lelaki seperti Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Pak Sako dan ramai lagi sering diceritakan, sering diketengahkan dan sudah diketahui pengorbanan mereka. Akan tetapi ini tidaklah bermakna peranan kaum wanita terpencil daripada proses ini. Terdapat ramai tokoh wanita yang turut sama mengambil bahagian aktif di dalam menyemarakkan api patriotisme dan proses memerdekakan negara.

5. Dan kali ini, teater Ibu Zain akan melakar sejarahnya yang tersendiri di dalam scenario perkembangan seni tanahair – bilamana buat julung-julung kalinya seorang tokoh wanita diangkat di dalam pementasan teater.
Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman atau lebih terkenal dengan panggilan Ibu Zain menjadi pilihan Istana Budaya dan PPWM sebagai pejuang nasionalis Malaysia pertama yang akan diketengahkan menerusi pesembahan teater muzikal ini.

Kehidupan, kerjaya, kejayaan, jetih perrih dan segalanya tentang tokoh persuratan, pendidikan dan nasionalis wanita Melayu ini akan diangkat menerusi teater di sebuah awangan yang tersohor – iaitu Panggung Sari Istana Budaya.

6. Ibu Zain bukan sembarangan pejuang nasionalis. Sebagai seorang yang turut terlibat secara langsung di dalam perjuangan memerdekakan negara, Ibu Zain telah banyak menyumbang kepada keagungan islam, kedaulatan bangsa dan negara. Beliau turut sama menjadi salah seorang daripada pengasas UMNO yang tanpanya, maka kehidupan kita pada hari ini tidak akan seceria dan seindah sekarang.

Beliau, seperti Tan Sri Aishah Ghani dan pejuang nasionalis wanita lain, telah menggerakkan arena persuratan, kewartawanan dan golongan pendidik wanita untuk turut sama turun padang, mendekati rakyat dan mengketengahkan mesej nasionalisme dan patriotisme – bahawasanya negara ini adalah hakmilik rakyatnya dan tidak boleh lagi dibelenggu penjajah.

7. Saya percaya usaha yang diceburi PPWM dan Istana Budaya ini amat tepat dan kena pada waktunya. Di waktu kita ingin mempertingkatkan dan menjulang semangat patriotisme dan nasionalisme; tibalah masanya untuk rakyat turut mengenali para srikandi yang telah berjuang bersama kaum Adam di dalam mendekapi kemerdekaan yang sama-sama perlu dihargai dan diisi.

Kerana ini jugalah saya melihat pementasan muzikal Ibu Zain sebagai satu radas unik untuk memukau penonton dan menggamit kesedaran mereka untuk menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab dan sedar akan peri pentingnya patriotisme dan nasionalisme sebagai landasan untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.

8. Menerusi teater ini, kita bukan sahaja akan memperkembangkan lagi seni budaya teater di negara kita, malah di waktu yang sama kita akan turut menyaksikan lembaran sejarah negara diulit dan dipersembahkan di persada unik dan menambat hati.

Sejarah bukan sahaja perlu kita layari dan hayati, kita kenalah belajar daripadanya dan sedar akan kepentingannya kepada kehidupan hari ini dan imbauan perjalanan di masa hadapan.

Ketokohan pemimpin zaman dahulu telah menerangi denai perjalanan kita hari ini; dan begitulah kehendaknya kepada kita, supaya ketrampilan dan pengorbanan kita pada hari ini akan membuka jalan selebar-lebarnya pula kepada generasi masa akan datang.

Kita perlu menilai sejauh manakah sumbangan kita kepada negara kita pada hari ini, cukupkah ia, memadaikah ia? Saya percaya kita boleh melakukan yang lebih baik, kita berupaya melonjakkan Malaysia ke persada yang lebih baik, sebagai satu penghargaan kepada pengorbanan generasi lalu, dan sebagai satu tinggalan legasi kita kepada generasi akan datang yang akan menggantikan tempat kita.

Kitalah yang akan menentukan nasib cucu-ciciti kita, sepertimana yang disedari oleh pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibu Zain.

Sejarah dahulu adalah untuk kita mengenang dan mempelajarinya pada hari ini. Tetapi perjalanan kita hari ini adalah menempa sejarah yang tersendiri dan akan menjadi pula bahan rujukan, kajian dan Insyallah dengan kematangan fikiran dan perasaan cintakan negara; satu kebanggaan bagi generasi masa hadapan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

9. Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPWM dan Istana Budaya di atas jemputan kepada saya untuk turut sama meraikan kejayaan gemilang ini.

Kepada PPWM dan warga penerbitan teater Ibu Zain ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga persembahan teater muzikal ini akan berjaya mencapai matlamatnya dan menjadi satu lagi mercu kejayaan persembahan teater di negara kita – terutama di dalam kancah sejarah Malaysia yang gilang gemilang ini.
Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan sukacitanya merasmikan PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN – SEMPENA ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-51 DAN MENGENANG PERJUANGAN UMNO ini dengan selamatnya.

Sekian terima kasih.

DATIN SRI SITI NOORIAH ANA RAZAK

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html