Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

June 11, 2008

Sinopsis Teater Muzikal Ibu Zain

Zainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain, membesar sebagai seorang kanak-kanak perempuan yang cergas dan cerdas. Latarbelakang pendidikan agama yang dititipkan oleh bapanya dan ketegasan bapa menghantarnya bersekolah Inggeris telah membuka mata dan jiwa Zainun untuk menjadi pendidik bangsa bukan sahaja melalui jawatan guru yang sangat disenanginya tetapi juga sebagai pengarang yang ditekuninya dan pejuang masyarakat yang membawanya menjadi pelupur pejuang wanita berjiwa pekasa. Laluan hayat yang ditempuhinya adalah waktu-waktu penuh getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Komunis, Darurat dan kebangkitan penentangan Malayan Union sehingga Malaya mendapat kemerdekaan. Layar masa sebagai isteri kemudian menjadi ibu tunggal beranak tiga dan pada masa yang sama pemimpin kaum ibu sangat menguji kesabaran jiwa dan raga.

Ibu Zain terpaksa akur tidak melanjutkan pelajaran kerana masyarakat waktu itu menolak anak perempuan belajar tinggi. Tetapi dia mengubati kekecewaan dengan mendirikan sekolah untuk orang kampungnya belajar membaca dan menulis. Beliau difitnah berkasih dengan Dr.Burhanuddin Helmi oleh ahli UMNO sendiri, sedangkan keakraban mereka kerana mewakili Negara ke Persidangan Perhubungan Asia di New Delhi. Namun beliau tetap gigih berjuang. Ibu Zain juga diberhentikan kerja kerana kelantangannya menentang Malayan Union dan dihina kerana hendak mendirikan rumah kecil dikawasan bangsawan. Ibu Zain kebal dan cekal mengharungi segala cabaran. Suatu ketika walaupun masih sakit kerana tertembak beliau masih mampu berpidato untuk menyekat Dato Onn daripada meninggalkan UMNO. Apa yang yang ingin diperjuangkan Ibu Zain adalah melihat anak bangsanya bebas dan merdeka bukan sahaja daripada penjajah tetapi belenggu pemikiran yang menyekat kemajuan. Keutamaan perjuangan yang mendasar adalah pendidikan akademik dan agama mestilah seimbang seperti katanya “Agama dididik moden dibela”. Wanita bukan sahaja muslimah dan pekerja yang baik tetapi paling penting ibu yang sempurna yang dapat mendidik anak-anak menjadi warga Negara yang berguna. Hasrat ini diterjemahkan disetiap detik perjuangannya dan diperkukuhkan dengan penubuhan Kolej Tengku Ampuan Mariam yang beroperasi di Istana Mastika Embun Johor Baharu kurniaan Tengku Mariam adinda Sultan Johor. Disinilah Ibu Zain mengabadikan semangat dan keringatnya hingga akhir hayat.

No comments:

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html