Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

February 5, 2009

Ibu Zain MaTiC@ MStar Online


27/2/09: Najua Nasir P.Ramlee perlu 'bermajrul' dalam muzikal 'Ibu Zain

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
KEDUA-DUANYA tidak pernah mengimpikan watak yang besar mahupun beraksi di pentas teater bersama pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan di dalam Muzikal Ibu Zain.Namun, sudah namanya rezeki dan tuah pelakon yang tidak asing di dalam dunia teater, Najua Nasir P. Ramlee dan Jeffri Haron apabila dapat berlakon dalam muzikal itu walaupun sebagai pengganti.Bagi Jeffri mahupun Najua, mereka pada mulanya tidak mengetahui akan membawakan watak Datuk Onn Jaafar dan Cikgu Munah namun semuanya secara kebetulan apabila bakat mereka dihidu oleh pengarahnya, Rosminah Tahir.Muzikal Ibu Zain semasa pertama kali di Istana Budaya dahulu menggunakan khidmat Zaefrul Nordin (Datuk Onn) manakala Tania (Cikgu Munah).Disebabkan Zaefrul dan Tania tidak dapat memberikan komitmen untuk teater ini lalu menarik diri, maka sebab itu dua watak itu digantikan dengan Najua dan Jeffri.
Jeffri tercabar namun teruja“Saya orang baru dan tidak dikenali tetapi diberikan watak yang besar. Memang saya akui ia agak mencabar dan dalam masa yang sama menguji kemampuan saya.
“Kebetulan pula, saya akan berlakon dengan orang ternama seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Liza Othman yang saya kagumi dan memang nak berlakon dengan mereka ini.“Apabila saya terlibat satu pentas dengan mereka di dalam Muzikal Ibu Zain, memang ia merupakan peluang keemasan bagi saya. Tak pernah pun saya terfikir dapat berlakon dengan mereka,” luah Jeffri, 31, yang kali terakhir berlakon teater adalah Lantai T. Pinkie pada tahun 2006.Bercerita tentang bagaimana dia terpilih untuk melakonkan watak Datuk Onn Jaafar:“Saya bekerja di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kebetulan, pengarahnya adalah Kak Rosminah Tahir, Dekan Fakulti Teater di ASWARA.“Jadi, saya selalu mengikuti teater di ASWARA dan pernah berlakon di dalam teater Lantai T. Pinkie arahan Kak Ros termasuk pementasan di Perak.“Dia tak menawarkan apa-apa watak terlebih dahulu sebaliknya hanya meminta saya menghadiri suatu ujibakat.“Saya tidak tahu tentang wataknya dan apabila diberi skrip dia berkata ‘Awak kena bawa watak Datuk Onn’. Selepas itu, memang saya sangat terkejut dan terperanjat sehingga tak terkata.“Sebelum itu, saya hanya bertanya kepada pengurus pentas dan apabila saya berjumpa dengan Kak Ros, terus dia kata kenapa saya tak cuba dulu.“Dia kata ‘Saya tengok dulu dan selepas melepasi tahap itu, barulah ok’. Kali pertama diujibakat, Kak Ros kata ‘Ok, boleh proceed.’”, kata Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Pengijazahan ASWARA ini.
Apabila bercakap tentang perwatakan, Jeffri sendiri agak gusar sekiranya dia gagal menghayati watak Datuk Onn itu.Bagaimanapun, Jeffri berkata dia akan cuba mencari banyak sumber rujukan agar dapat membawakan watak tersebut dengan baik.Namun begitu, Jeffri mengalami sedikit kesukaran bilamana tidak banyak bahan simpanan mengenai pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) itu.“Saya sendiri sedang membuat kajian untuk membawakan watak Datuk Onn seperti banyak membaca bibliografinya dan melihat cara pembawakan Zaefrul dalam pementasan teater Ibu Zain yang pertama dahulu.“Saya juga melihat cara Zaefrul membawakan watak Datuk Onn di dalam filem 1957: Hati Malaya. Selain itu, saya membuat kajian di Arkib Negara Malaysia.“Saya bukan nak jadi seperti Datuk Onn tetapi disebabkan beliau merupakan nama besar dan mempunyai identiti sendiri, sekurang-kurangnya saya akan cuba membawa identiti beliau.“Misalnya, beliau merupakan orang Johor, jadi saya akan membawakan dialek dari segi penyampaian dan pergerakannya. Kiranya sekarang ini saya dalam proses pembelajaran,” ujar pemuda berdarah kacukan Melayu-Cina ini.Tambahnya, selain daripada rujukan, Jeffri juga mendapatkan tunjuk ajar daripada Rosminah selama mereka berlatih kira-kira dua minggu ini.“Pengarah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dari segi apa yang perlu ditambah dan dikurangkan.“Selain itu, saya diajar untuk melontarkan suara dalam nada yang lembut dan perlahan tetapi tegas. Saya rasa latihan ini perlu mengambil jangkamasa yang agak lama juga.“Disebabkan persembahan muzikal ini pun dah nak dekat, jadi saya akan cuba sesuaikan diri dengan watak serta pelakon lain dengansecepat mungkin dan pertingkatkan cara penyampaian saya,” bual anak jati Johor ini yang akan terlibat di dalam tiga babak muzikal teater terbitan Siti Rohayah Atan ini.Najua berlakon dari watak biasa ke watak ada nama“Pertama kali semasa menyertai Muzikal Ibu Zain, saya dipanggil untuk suatu sesi fotografi sebagai kaum ibu.

“Apabila saya berjumpa dengan Cik Ros (Rosminah Tahir), dia bertanya sama ada saya boleh ‘bermajrul’ atau tidak.
“Katanya, terdapat satu babak itu melibatkan seorang cikgu yang perlu ‘bermajrul’. Mula-mula saya minta watak Jemaah yang buat dan selepas itu saya mencuba watak Cikgu Munah itu.
“Selepas itu, terus Cik Ros kata saya perlu membuat sesi fotografi semula dan membawakan watak Cikgu Munah.
“Saya tak sangka dari watak biasa-biasa yang perlu menyanyikan korus lagu, terus saya mendapat satu watak yang ada nama.
“Bagi saya, watak itu merupakan satu cabaran buat saya kerana saya tidak pernah mendapat watak seperti itu.
“Saya ini kan masih muda dan tiba-tiba mendapat watak orang dewasa dan perlu mempunyai ilmu.
“Jadi, saya mungkin akan mempunyai sedikit kesukaran sebab kebanyakan pelakonnya adalah mereka yang pernah terlibat dalam Muzikal Ibu Zain sebelum ini.
“Saya kena kejar mereka dan hafal dengan cepat. Saya cuba mengikut apa yang mereka lakukan, mengkaji semula dan selepas itu saya cuba melakukannya kerana perwatakan Cikgu Munah ini kelakar dan kepoh.
“Sehingga sekarang, saya masih cuba membawakan watak itu selepas menghadiri latihan selama dua minggu,” jelas Najua dengan panjang lebar.
Menurut Najua, ini merupakan kali pertama dia terlibat di dalam Muzikal Ibu Zain dan bekerjasama dengan pengarah Rosminah Tahir.
“Saya tak pernah bekerja dengan Cik Rosminah Tahir sebelum ini dan hanya merupakan pelajarnya di Fakulti Teater.
“Kali terakhir saya terlibat dalam latihan teater di ASWARA adalah teater klasik Mac Bell. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman teater melalui Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) sejak berusia 10 tahun.
“Antara teater yang saya telah jayakan adalah Opera Ayu Chendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Muzikal Tok Rimau,” cerita anak Allahyarham Nasir P. Ramlee ini.
Jelas Najua, sebolehnya dia mahu orang di luar sana mengenali bakat lakonannya.
“Saya jarang memegang watak besar dan biasanya hanya bekerja di belakang tabir. Jadi, saya nak cuba buktikan yang saya juga boleh berlakon,” ujar Najua yang turut aktif dalam bidang nyanyian.
Terbaru, Najua menyertai nyanyian di bawah team studio milik Linda Jasmine. Saya juga menyanyi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Taman Budaya dan ASWARA.
“Biasanya, saya suka menyanyikan lagu-lagu lama seperti lagu rentak ghazal, lagu Arwah Atuk (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), dan lagu sendiri.
“Sebelum ini, saya mempunyai album tetapi tidak menjadi. Antara lagu-lagu yang biasa saya nyanyikan adalah lagu Psurina dan Bukit Bintang.
“Saya menyanyi hanya untuk mengisi waktu lapang seperti waktu malam dan hari minggu,” tutur gadis yang turut meminati Silat Landai ini.
Saksikan Muzikal Ibu Zain di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang mulai 13 hingga 22 Mac ini, pukul 8.30 malam.
Tiket boleh dibeli pada harga RM20, 30 dan 50 di talian 03-6186 6592.
Teater ini dibintangi oleh Liza Othman, Nurfatimah, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Natasha Hudson, dan Avaa Vanja.


9/2/09: Aktivis teater sudah penat 'mengemis'


Gandingan pelakon baru dan lama dalam teater muzikal Ibu Zain musim kedua pasti menampilkan kelainan.Foto The Star Oleh: MOHD.SAHAR MISNI


TEATER merupakan satu cabang seni yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Namun disebalik kebangkitannya sebagai wadah seni, aktivis teater mula mengeluh kerana penerbitan teater yang besar dikatakan 'membunuh' teater kecil yang tidak mempunyai dana.
Menurut penerbit teater Ibu Zain musim ke-2, Rosminah Tahir mementaskan teater bukan kerja kecil kerana selain memerlukan kreativiti minda soal dana sentiasa menghantui mereka.
"Memang setiap kali sebelum pementasan berlangsung, produser teater akan berasa takut jika teater mereka tidak mendapat sambutan. Lalu mereka mengharapkan dana untuk membantu jualan tiket. Ada penonton kita pergi menyaksikan teater secara percuma dan ada juga yang berbayar.
"Senario ini berbeza dengan penonton di luar negara dimana mereka sanggup membayar tiket dengan harga yang mahal untuk menyaksikan teater yang diminati. Ini kerana mereka menghargai nilai teater itu sendiri serta menyokong perkembangannya.
"Realitinya, kebanyakan teater kecil mendominasi persekitaran teater di negara kita tetapi teater besar sebenarnya membunuh teater kecil yang tidak mempunyai dana,” katanya.
Kata Rosminah lagi, kita tidak sepatutnya menunding jari kepada produksi luar negara yang diberi kesempatan ke negara ini kerana tamadun dan karya mereka berkembang lebih awal.
"Penerimaan masyarakat terhadap teater antarabangsa sama seperti apa yang berlaku pada filem dan muzik. Sebenarnya kita mempunyai ramai aktivis teater yang mampu berkarya dengan baik namun faktor tuntutan hidup membuatkan mereka mengubah haluan mencari pekerjaan lain," ujar Rosminah yang dilebih dikenali dengan panggilan Kak Ros.
Jelasnya lagi, untuk teater terus bernafas dana masih diperlukan terutamanya sumbangan daripada pihak penaja yang dapat membantu teater baru dihasilkan.


Penyanyi Nur Fatima membawakan watak sebagai Ibu Zain ketika dewasa.

"Kesedaran masyarakat secara menyeluruh juga penting supaya sambutan berterusan," katanya.
Sementara pengarah teater Ibu Zain, Siti Rohaya Atan pula berpendapat sokongan penaja penting terutamanya untuk menampung penerbitan sesebuah teater.
Dengan mengambil contoh teater muzikal Ibu Zain yang dipentaskan di Istana Budaya pada Ogos tahun lalu, kos keseluruhan mencecah RM1 juta manakala teater Lantai T. Pinkie yang dipentaskan pada 2006 membelanjakan RM1.2juta.
"Setahu saya belum ada produksi tempatan meraih keuntungan hanya dengan hasil jualan tiket. Ia sebenarnya hanya mampu menampung 20 hingga 30 peratus kos keseluruhan.
"Justeru saya, cadangkan kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan mewujudkan satu skim atau dana khusus untuk aktivitis teater seperti dana filem yang diperkenalkan oleh Perbadanan Filem Nasional (Finas).
"Saya percaya sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara serius hal ini kerana aktivitis teater sudah penat ’mengemis’ untuk mencari dana,” katanya.
Bagi Rohaya yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Roy ini teater muzikal Ibu Zain musim ke-2 akan kembali penonton pada 13 hingga 22 Mac ini di Malaysia Tourism Centre.
Menariknya pementasan kali ini merupakan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dengan kerjasama Aman Malaysia.
Kata kak Roy lagi, pementasan kali ini diadakan semula atas sambutan hangat daripada penonton tahun lalu dan sebagai usaha mengenang kembali jasa serta perjuangan tokoh wanita iaitu, Zainun Munshi Sulaiman atau Ibu Zain.
Empat pelakon baru diperkenalkan
Pementasan yang mengambil masa lebih dua jam ini masih mengekalkan plot penceritaan yang sama kerana ia merupakan cerita berdasarkan fakta.
Namun pementasan kali ini menampilkan beberapa pelakon baru disamping props pentas yang sedikit berbeza.
Empat pelakon baru diperkenalkan adalah, Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Pandak atau Ungku Omar menggantikan pelakon asal, Hisham Ahmad Tajuddin, Datin Natasha Hudson (Miss Ruth, menggantikan Catriona Ross), Zuhairi Ibrahim sebagai Yunus menggantikan Shahrul Nizam dan Hamzah Tahir (Syed Sheikh Al Hadi menggantikan Mazlan Tahir).
Pertukaran watak juga berlaku membabitkan Nurul Elfira Loy sebagai Ibu Zain ketika remaja, Nurul Syariza Nor Azim melakonkan watak anak Ibu Zain, Adibah Amin manakala Farah Batrisyia Ahmad Salman menjadi Ibu Zain ketika kanak-kanak.
Pelakon asal yang masih dikekalkan ialah Liza Othman sebagai Ibu Zain ketika tua, Datuk Rahim Razali (Munshi Sulaiman), Nur Fatimah Abdul Wahab (Ibu Zain dewasa), Tania Zalina Zainal Abidin (Cikgu Munah), Sherry Abdullah (Cikgu Jumilah), Farah Adila Apandi (Cikgu Ramlah), Ava Vanja (Miss Shelleber) dan Mazin Ameen Siraj (Amin). Bagi watak Datuk Onn Jaafar pula ia masih dicari selepas pelakon Zaeful Nordin menarik diri.
Bagi penyanyi Nur Fatima, dia gembira ketika ditawarkan semula kerana melihat peluang tersebut sebagai satu kepercayaan daripada pihak produksi kepadanya.
Katanya, walaupun membawakan watak yang sama cabarannya, tetap ada. Berpeluang membawakan watak Ibu Zain ketika dewasa memaksa dia membuat rujukan daripada pembacaan bahan sejarah mengenai tokoh wanita itu.
"Semangat saya untuk berlakon teater ini kali kedua semakin bertambah. Sebenarnya agak sukar membawakan watak ini kerana saya tidak boleh menjadi diri sendiri.Meskipun Ibu Zain sudah tiada tetapi perjuangannya tetap dikenang kerana beliau seorang yang cekal dan lantang bersuara.
"Setelah hampir lapan tahun saya tidak berlakon teater yang kali terakhir dalam teater Tun Perak pada tahun 2000. Saya berazam mahu memberikan lakonan yang lebih baik dalam pementasan kali ini," ujar Fatima.

5/2/09: Natasha tidak kekok bawa watak guru Kristian Miss Ruth
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/5/mstar_hiburan/20090205103337&sec=mstar_hiburan


Natasha teruja berlakon teater.Foto The Star Oleh:MOHD SAHAR MISNI.


AGAKlama menyepi dari industri hiburan, pelakon dan model jelita, Datin Natasha Hudson kembali menjengah ke pentas lakonan dan kali ini dia membuat penampilan sulung di pentas teater.
Lebih istimewa Natasha akan membawakan watak sebagai Miss Ruthdalam teater sejarah, Ibu Zain.
Biarpun agak gementar kerana tidak punya pengalaman namun dia tetap memberanikan diri mencuba sesuatu yang belum pernah dibuatnya sebelum ini.
Menceritakan mengenai tawaran yang diterimanya itu, nyata gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini tidak kisah biarpun dia dipilih bagi menggantikan pelakon, Catriona Ross bagi watak Miss Ruth.
"Saya tahu memang watak Miss Ruth dalam teater Ibu Zain ini yang Cat bawa musim lepas. Lagipun dia (Cat) yang mencadangkan nama saya kepada pengarah, Kak Siti Rohaya (Kak Roy).
"Bagi saya soal ganti atau tidak, bukan masalah utama tapi apa yang dipersembahkan nanti akan menjadi lebih penting dan orang akan menilai kita dari sana.
"Rabu minggu lepas masa Kak Roy call saya dan bagitau tentang tawaran ini, saya fikir, eh betul ke ni, saya dapat tawaran berlakon teater?
"Memang tidak dinafikan agak takut dan gementar jugak masa awal-awal berlakon teater ini, tapi sebab saya dah rindu sangat nak berlakon jadi saya fikir inilah peluang yang terbaik untuk saya membuat comeback dalam industri. Lagipun suami yang banyak memberi dorongan dan galakan supaya saya terima tawaran ini," katanya yang ditemui di sidang media pelancaran teater Ibu Zain di Istana Budaya semalam.




Natasha sebagai Miss Ruth dalam teater Ibu Zain musim ke-2.

Menceritakan lebih lanjut mengenai watak yang bakal dilakonkannya itu, Natasha berkata dia memang teruja membawa watak tersebut.
"Biarpun watak Miss Ruth seorang guru berbangsa Kristian, namun satu yang istimewa mengenainya adalah dia seorang yang menyokong perjuangan Ibu Zain.
"Dia tidak menyokong British ketika itu biarpun dia berbangsa Inggeris. Jiwanya kental dan membantu perjuangan Ibu Zain.
"Baginya pendidikan dan wanita merupakan dua perkara penting yang perlu diperjuangkan untuk menjadi sebuah bangsa yang berjaya,"ujar pelakon yang pernah membintangi filem Chermin ini.


Barisan pelakon teater Ibu Zain musim kedua terdiri daripada Datin Natasha Hudson, Nur Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan,Zaefrul Nordin,Zuhairi Ibrahim,Mazin Ameen.

Jelasnya lagi, dia sudah bersedia menerima kritikan dari pihak media.
Bagi wanita kacukan Melayu-Australia ini, peristiwa diboikot pihak media gara-gara tidak membenarkan media membuat liputan terhadap majlis perkahwinannya sedikit masa lalu dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna buat dirinya.
Tidak menafikan yang kontroversi itu hampir melemahkan semangatnya untuk meneruskan karier seni, Nastasha memberitahu dengan adanya sokongan yang berterusan dari suami dan keluarganya dia masih mampu bertahan hingga ke hari ini.
Malah katanya lagi, dunia seni sudah sebati dalam dirinya dan sukar baginya untuk meninggalkan dunia itu walaupun penuh dengan onak duri.
Walaupun teater bidang yang agak baru ibu muda ini melihatnya sebagai satu platform untuk memperbaiki gaya lakonannya.
"Pentas teater banyak membantu memperbaiki cara lakonan dari segi penghayatan watak, penghafalan skrip, voice projectiondan saya rasa ia sangat banyak membantu dan memberi ilmu kepada saya sebagai pelakon.
"Bagi saya teater menuntut skilllakonan dalam pelbagai cara dan aksi yang dilakonkan itu nampak lebih hidup tanpa disunting oleh pengarah," ujar Natasha yang lebih dikenali dengan panggilan Tasha.
Jelas isteri kepada Datuk Shahrin Zahari ini, dia banyak membuat penyeledikan mengenai watak Miss Ruthmelalui pembacaan buku sejarah, melihat semula gaya lakonan Cat sebelum ini dan bertanya kepada suaminya yang punya latar belakang dalam bidang politik.
"Saya tak nafikan memang saya banyak buat research untuk menghayati watak ini. Bagi saya watak ini, bukan terlalu susah dan bukan terlalu senang untuk dibawa. Dari segi bahasa memang dia guna Bahasa Inggeris cuma dia ada loghat 'Mat Saleh’ dari segi lenggok bahasa yang digunakan itu agak payah sikit," katanya.

Bahagia bersama puteri sulung
Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Natasha memberitahu yang hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin.
Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Nessa Helena Shahrin,8 bulan, sebagai penyeri yang melengkapkan lagi rumah tangganya.
"Hidup saya kini dah banyak berubah. Kehidupan sekarang lebih tenang dan menggembirakan. Sejak ada anak ni, saya rasa hidup semakin lengkap. Tapi ada kalanya, rasa macam tak percaya yang saya dah jadi ibu.
"Komitmen dan tanggungjawab pun semakin berat, kerana banyak perkara yang harus saya lakukan. Selain jaga anak, saya juga kena uruskan rumah tangga.
"Agak lama saya tak berlakon hampir lapan bulan dalam tempoh masa itu saya sibuk menjaga puteri sulung saya kerana dia menyusu badan dan agak payah untuk tinggalkan dia dan sehingga hari ini pun dia masih menyusu badan,” ujar Natasha ceria.
Bagi pelakon yang pernah merangkul angugerah pelakon harapan pada FFMke-21 ini, antara sebab dia menerima tawaran teater adalah kerana dari pembahagian masa untuk membuat latihan adalah singkat berbanding berlakon filem dan drama.
"Setiap hari hanya empat dan lima jam sahaja saya berlatih untuk teater. Lagipun, tak sampai hati nak tinggalkan dia lama semata-mata untuk penuhi keinginan saya (berlakon). Keutamaan saya sekarang ialah `anak' dan keluarga. Soal karier seni pula jatuh nombor dua.
"Walaupun ada pembantu rumah, saya lebih senang uruskan anak sendiri, sebab saya tak mahu dia terlalu rapat dengan pembantu rumah dan biarlah saya nak rasa susah payah jaga anak sendiri," luah Natasha.

4/2/09: Muzikal Ibu Zain 2: Catriona anggap tiada rezeki, Nur Fatimah seronok
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/4/mstar_hiburan/20090204100828&sec=mstar_hiburan

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
MUZIKAL Ibu Zain kembali dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini.
Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain.
Bagi aktres Catriona Ross yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain terpaksa melepaskan watak Miss Ruth kepada pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson.
Jika tidak, pastinya Catriona atau Cat akan ‘turun padang’ untuk sama-sama menjayakan muzikal ini.
Disebabkan tempatnya perlu mempunyai pengganti, Cat terus mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya.
“Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu.
“Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember.
“Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha.
“Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater,” ujar Cat yang masih merahsiakan tajuk filem lakonannya mulai hujung Februari ini.
Filem ini merupakan filem pertama Cat membawakan watak utama selepas berpengalaman melakonkan tiga buah filem lain.
Antara filem yang dilakonkan oleh Cat adalah Mistik, Qabil Khusry Qabil Igam dan Chermin.
Nur Fatimah seronok diberi kepercayaan
Dalam pada itu, pelakon, penyanyi, komposer dan penulis lirik Nur Fatimah berasa teruja apabila mendapat tahu tentang berita Muzikal Ibu Zain bakal dipentaskan semula.
“Saya berasa seronok sebab diberikan kepercayaan buat kali keduanya.
“Walaupun sebelum ini saya mendapat komen positif daripada kawan-kawan, saya merasa susah dan takut juga untuk melakonkan watak yang agak berat iaitu Ibu Zain kerana saya perlu membawakan watak seorang tokoh yang disegani ramai.
“Lagipun, saya perlu menyanyi dalam enam hingga tujuh buah lagu dan berdialog secara langsung.
“Memanglah saya sudah mempunyai pengalaman sebelum ini tetapi bagaimanapun saya tetap merasakan cabarannya kerana perlu mengekalkan seperti yang diharapkan oleh semua atau berikan lebih lagi daripada itu.
“Jadi, saya cuba memberikan komitmen penuh setiap kali menjalankan latihan teater,” kata Nur Fatimah.
Beliau akur dengan pertukaran lokasi pementasan muzikal ini kerana sebelum ini Muzikal Ibu Zain di pentaskan di Istana Budaya namun kali ini ia berubah tempat ke MTC.
“Dari segi pertukaran set, saya rasakan mungkin di Istana Budaya lagi canggih dan besar.
“Namun, saya juga mempunyai pengalaman berlatih teater di MTC sejak zaman kanak-kanak lagi.
“Jadi, saya sudah biasa dengan kedua-dua tempat itu. Oleh itu, saya boleh agak dari segi perubahan set dan menyesuaikan diri dengan keadaan di situ.
“Bagi saya, jika dipentaskan di Istana Budaya, risikonya amat tinggi apabila set tidak dapat beroperasi dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kedua-dua tempat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sebagai pelakon, memang penting untuk kita sesuaikan diri dengan mana-mana tempat,” ulasnya yang turut melakukan kerja-kerja penerbitan lagu di studio.
Terbaru, Nur Fatimah sedang membikin lagu untuk penyanyi Jaafar Onn dan pendatang baru, Hesni yang bakal diterbitkan dalam bulan ini.
Sebelum ini, Nur Fatimah juga telah bertindak selaku penerbit lagu Cinta Suci di dalam album terbaru penyanyi Misha Omar.

No comments:

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html