Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

February 12, 2009

Ibu Zain MaTiC @ Kosmo!




6/2/09: Natasha tidak kenal Ibu Zain


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Oleh JESSABELL

SOOjessabell@kosmo.com.my


Memang teater adalah sesuatu yang baru bagi saya tetapi saya ingin mencuba. Diharap dengan latihan selama sebulan dan bantuan pelakon lain, saya mampu berdiri di atas pentas tanpa perasaan bimbang dan takut. – NATASHA HUDSON




DATIN Natasha Hudson pada tahun lalu pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi suri rumah tangga sepenuhnya masa selepas melahirkan anak sulungnya, Nessa Helena yang kini sudah berusia 8 bulan.
Bukan kecewa dengan dunia hiburan tetapi Natasha ingin meluangkan lebih masa bersama anaknya itu.
Namun, selepas menjalani hidup baru sebagai seorang ibu, model dan aktres berusia 27 tahun ini berasa sedikit bosan dan merasakan dirinya perlu melakukan sesuatu.
Dia yang tidak pernah berpisah dengan anaknya buat jangkamasa yang panjang telah mengambil risiko untuk kembali bekerja, walaupun masih menyusukan anaknya.
"Suami saya yang menyokong saya untuk keluar bekerja. Mungkin dia tidak tahan dengan saya yang asyik menelefonnya sepanjang masa kerana bosan.
"Kalau saya tidak berlakon pun, saya akan lakukan benda lain. Saya cuma tidak mahu menjadi suri rumah tangga seratus peratus," tutur Natasha ketika ditemui pada sidang media mempromosikan teater muzikal Ibu Zain di Istana Nudaya baru-baru ini.
Isteri kepada Datuk Shahrin Zahari itu mengakui tanggungjawab sebagai ibu amat berat. Namun, dia bukannya merungut. Baginya, semua pengorbanan yang dilakukan adalah berbaloi.
"Nasib baik saya ada menghabiskan masa lapan bulan bersama Nessa dan melihat dia membesar. Jika tidak, saya akan melepaskan peluang menyaksikan perkara pertama yang berlaku dalam hidupnya.
"Memang kini saya tidak boleh bangun lewat seperti masa bujang. Saya perlu bagi makan dan minum, mandikan serta tidurkan Nessa. Namun, disebabkan perasaan cinta, saya tidak kisah walaupun susah," tambahnya yang kelihatan lebih kurus sekarang


Merupakan cucu pertama bagi keluarga kedua-dua pihak, Nessa menjadi kesayangan ramai. Maka, ada sebabnya mengapa Natasha yang ingin aktif semula hanya memilih untuk berlakon dalam teater sahaja. Katanya, masa latihan dan pementasan teater lebih fleksibel.
"Sebelum ini saya ada menolak banyak tawaran lakonan kerana berasa berat hati untuk meninggalkan Nessa.
"Saya menerima tawaran teater ini kerana saya sudah bersedia dari segi mentaliti dan saya masih boleh meluangkan masa bersama anak saya.
"Lagipun tempat latihan akan dijalankan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Jalan Ampang yang dekat dengan rumah saya," jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2007.
Merindui zaman berlakon filem, Natasha bagaimanapun tidak tergesa-gesa untuk menerima tawaran filem baru. Dia yang tidak suka merancang merelakan apa yang bakal ditawarkan pada masa akan datang. Jika mempunyai masa terluang, dia akan menerimanya.
"Siapa tahu mungkin selepas pementasan ini saya akan berasa penat dan ingin berehat lagi. Jadi biarlah dulu. Saya bukannya orang yang suka merancang sangat," ujarnya yang akan menyampaikan dua buah lagu dalam teater muzikal Ibu Zain.

Pertama kali di pentas teater
Melakonkan watak Miss Ruth, Natasha menggantikan Catriona Ross (Cat) yang kini sibuk dengan penggambaran filem. Dirinya yang belum pernah berlakon teater baru menerima tawaran itu pada 30 Januari lalu untuk menjayakan pementasan semula teater muzikal Ibu Zain.
Sedang mempelajari wataknya menerusi skripnya, Natasha sendiri terkejut apabila dipelawa oleh pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir untuk terlibat sama.

"SEBAGAI Miss Ruth dalam pementasan teater Ibu Zain, Natasha dituntut menunjukkan bakat nyanyiannya."

Belum sempat menyaksikan pementasan sebelumnya, pelakon jelita itu mempunyai masa selama sebulan untuk berlatih. Namun, dia risau dirinya akan dibandingkan dengan Catriona kerana ini merupakan percubaan pertamanya.
"Pada mulanya saya sendiri tidak tahu siapa Ibu Zain. Kemudian saya bertanya kepada suami dan dia memberitahu bahawa Ibu Zain seorang legenda negara. Ditambah dengan sokongan keluarga dan kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk mencuba.
"Memang teater adalah sesuatu yang baru bagi saya tetapi saya ingin mencuba. Diharap dengan latihan selama sebulan dan bantuan pelakon lain, saya mampu berdiri di atas pentas tanpa perasaan bimbang dan takut," kata Natasha mengenai produksi yang bakal menelan bajet RM350,000.
Merasakan teater lebih mendekati realiti berbanding filem, Natasha menyukai muzikal kerana dia suka menari dan menyanyi. Teater Ibu Zain padanya adalah peluang terbaik untuk menimba pengalaman baru kerana teater meninggalkan impak besar.
"Teater bukannya seperti filem yang boleh dilakonkan semula. Jadi saya perlu berlakon dengan bersungguh-sungguh. Lagipun saya amat meminati teater dan pernah berlakon dalam teater semasa belajar di Amerika Syarikat," katanya yang akan memulakan raptai bermula 10 Februari ini.

Bukan sahaja perlu mempelajari cerita serta sejarah Ibu Zain, Natasha juga perlu menguasai lenggok badan dan bahasa Malaysia.
"Saya dipilih kerana watak itu memerlukan seorang gadis kacukan yang fasih berbahasa Malaysia. Maka saya perlu memperbaiki Bahasa Malaysia saya dan nasib baik Cat ada memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada saya," ujarnya mengenai teater yang diarahkan oleh Rosminah.
Teater muzikal Ibu Zain akan memulakan pementasan bermula 13 Mac sehingga 22 Mac di (MaTiC) Jalan Ampang, pukul 8.30 malam dengan harga tiket RM50, RM30 dan RM20.
Sebarang keterangan lanjut mengenai pementasan yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Nur Fatimah, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mazin Ameen itu, sila hubungi MaTiC di talian 03-6186 6592

No comments:

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html