Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

November 3, 2008

Komen Penonton Teater Ibu Zain di Istana Budaya

Ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap pementasan Teater Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya (KL). Antara komen-komen penonton:
Ieja's Lair
Those title was an excerpt from a song of 'Teater Muzikal Ibu Zain'. Am not a fan of teater actually, but to see one, theres no harm, is it? Maka aku pun pegi la ke Istana Budaya malam tadi.. tepat 8.30 mlm aku sampai.. tgk kat ruang legar still ramai lagi. So gi amik tiket kat kaunter.. dpt seat depan tuh. hehehe. Bila pikir2 balik, berfaedah sbnarnye tgk teater ni. Byk benda bleh blaja. Lagi2 teater ala patriotik sejarah..kadang kita tak aware pun sejarah2 org dulu2, camne dorang pertahankan tanah melayu etc. Kalau tau pun dlm buku teks. Itu pun bukan seme ingat kan. So bila tgk persembahan visual camni kita dpt merasai keperitan pejuang tanahair, dptla menghayati mcmana peritnye dorang nk merdeka kan negara kita nih kan. Dalam pada tu, ada la jgk few celebs yg dtg tgk.. yg aku nampak is Radhi Khalid, Safura (laki dia berlakon, dtg la tgk kan), Dato' Fadzilah Kamsah, Zaibo, etc.Overall persembahan ni mmg bagus, teruja gak aku tgk walaupun agak sengal la jgk lutut aku duduk 3 jam dlm panggung tu, hehe. Keberkesanan pelakon2nya membuatkan aku tak bergerak kecuali punggung aku dh agak tak tahan sengal :p Byk jugak scene2 yg mencuit hati..sbb dialog yg dorang gunakan agak sempoi, takdela baku sgt. Yela slalu kalau teater zaman dulu2 ni agak tipikal dgn bahasa bakunye kan. Mungkin salah satu cara tanak org bosan kot. Teater ni diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir (ASWARA).
Paling aku suka bila scene che'gu bertiga tuh.. che'gu Munah, che'gu Ramlah n che'gu Jumilah. Satu panggung gelak dgrkan dorang bersyair sempoi..hehehe. Sape yg gi tgk tau la camne ;) N lain2 scene, cam scene budak2..dorang pun salah satu elemen penting yg membuatkan teater ni jd menarik. But the most suspense is bila scene zaman jepun menyerang, mmg real dorang buat, satu panggung breathtaking bila sorang nippon tuh heret sorang pompan, tarik rambut n buat aksi ala2 nak mencabul pompan ittew. awww. hehehe............(Selanjutnya, sila layari http://avriliza.multiply.com/journal/item/203/nan_setitik_jadikan_lautnan_sekepal_jadikan_gunung.

18 Ogos 2008
dengan Liza Othmandengan Nurfatimah sbg Ibu Zain masa muda..Aku, Darwin dan Zaid pergi menonton teater muzikal Ibu Zain pada malam terakhir persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya. Dengan tiket Rm26 (paling murah..) kami duduk di bahagian Stall.. (Bob jeles.. haha).dengan Catriona RossAnyway, teater muzikal ini very good walaupun sarat dengan sejarah politik dan juga kisah kehidupan Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman atau Ibu Zain pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana beliau seorang pelajar, guru, isteri, penulis dan pejuang nasionalis kemerdekaan. Bagi aku yang jahil sejarah mengenai wanita ini dan juga pra-merdeka, teater ini menginterpretasi watak kisah zaman dulu dengan baik sekali.dengan Avaa VanjaPenulis skrip dan pengarah teater Ibu Zain, Rosminah Tahir berjaya membuatkan penonton terlekat dengan kisah sejarah yang diselitkan dengan unsur-unsur komedi, humor rakan-rakan Ibu Zain, muzik dan props pentas itu sendiri walaupun durasi teater ini hampir 3 jam untuk menghabiskankan kisah seorang insan.Mungkin agak mengelirukan apabila [...] (Selanjutnya, sila layari
http://www.blog.angielski-swidnik.info/teater-muzikal-ibu-zain-history-of-a-great-women/)

Pendapat Pengguna : TEATER MUZIKAL IBU ZAIN
Purata Nilaian : 5 bintang
Jumlah Nilaian : 18

1.
Lukman(AnkCikYam), Selayang "syabas! kepada tenaga produksi kerana telah berjaya mementaskan teater yang tiada tandingannya lagi. Malaysia Boleh! "
Menonton pada 12 Aug 2008 13 Oct 2008

2.
LIM QIN QIN, istana budaya "ok la! "
Menonton pada 16 Aug 2008 7 Sep 2008

3.
Nur Atiqah Syazana, Tampin "Syabas....berharap agar teater ini dipentaskan sekali lagi...dan juga dipentaskan di negeri Sembilan... "
Menonton pada 17 Aug 2008 19 Aug 2008
4.
Anak Zain, setiawangsa "Acting-excellent, skrip-cerdik, scenography-cantik, music-sedap, lighting-lawa, sound-kekadang ada bunyi mic yg pelik dan kurang menyenangkan. Total - BEST! "
Menonton pada 18 Aug 2008 19 Aug 2008

5.
Niki, KL "Great show, great spirit. Saya bangga. Malaysia Boleh. Hidup teater negara. "
Menonton pada 18 Aug 2008 19 Aug 2008

6.
Md Khalid, Seputeh "tak payah cakap banyak-banyak, saya sampai tengok dua kali dan bayar lagi tau! kalau ikutkan hati nak tengok setiap hari tetapi dompet tidak mengizinkan. Apa lagi? "
Menonton pada 17 Aug 2008 18 Aug 2008

7.
Abd Rahman Abd Salam, port klang "tahniah kepada rosminah & team kerana berjaya mengangkat teater ke taraf yang istimewa. sesungguhnya, bila sebut pasal teater patriotik & biografi, selalunya bosan tapi Ibu Zain begitu indah & semanga "
Menonton pada 17 Aug 2008 18 Aug 2008

8.
Siti Azman, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan "Syabas dan Tahniah kerana berjaya mementaskan satu teater yang begitu patriotik. Terkadang saya terbawa diri untuk seolah-olah turut bersama didalam suasana yang dipaparkan. "
Menonton pada 16 Aug 2008 17 Aug 2008

9.
Siti Aishah, Kuala Lumpur "Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan teater ini dan ianya amat membanggakan sekali. "
Menonton pada 15 Aug 2008 16 Aug 2008

10.
mummycool, Subang Jaya "Teater yang paling bagus dan menghiburkan untuk semua golongan. Ianya amat memuaskan hati. "
Menonton pada 15 Aug 2008 16 Aug 2008

11.
Yatie, KL "Teruja sangat dapat berjumpa dengan Tun Dr Mahathir cuma tak sempat nak salam. Show pun best. Saya terharu dengan jasa Ibu Zain. Memori yang best la. "
Menonton pada 14 Aug 2008 15 Aug 2008

12.
KT Mohd Idris, putrajaya "Mic problem & gangguan lampu panggung yang terpasang tiba-tiba. Namun, berjaya diatasi dengan lakonan yang best, skrip yang best. Very intelligent. "
Menonton pada 12 Aug 2008 14 Aug 2008

13.
Belinda, Kepong "Rugi, rugi!!! If you don't watch it. It's hillarious & educational at the same time. Truly, Ibu Zain, a woman ahead of her time! Great show! Keep it coming! "
Menonton pada 13 Aug 2008 14 Aug 2008

14.
Mohd Firdaus Zin, Gombak "Sebuah pementasan teater bertaraf dunia yang unik dan sempurna sifatnya,penuh emosi dan mengkagumkan.Teater muzikal yang berunsurkan sejarah dan diselitkan dengan hiburan,sesuai ditonton oleh setiap l "
Menonton pada 13 Aug 2008 14 Aug 2008

15.
Sairulfuddin, Ampang "A great show! Berbaloi saya berhimpit-himpit nak masuk panggung. Harap banyak lagi teater-teater berkualiti seperti ini dipentaskan. "
Menonton pada 13 Aug 2008 14 Aug 2008

16.
MOHD NAZRUL HISHAM BIN MOHD YUSOF, Sijangkang, Banting, Selangor. "Kalau korang tak pegi tengok rugi!! Tahniah kepada semua yang terlibat. Kalau tak percaya call aku 0173389725 atau e-mel ke nazruljpa3@gmail.com Berbaloi perhabis duit kat sini, lagi gempaq daripada c "
Menonton pada 14 Aug 2008 14 Aug 2008

17.
moamad safuan bin jusoh, bandar baru bangi ""tahniah kepada tenaga produksi yang telah berjaya mementaskan satu teater yang amat menghiburkan. ibu zain merupakan tontonan saya pertama saya di istana budaya dan ianya amat tidak mengecewakan saya "
Menonton pada 12 Aug 2008 13 Aug 2008

18.
Siti Hawa binti Roslan, Wangsa Maju "Syabas!! Ini kali pertama saya menonton teater Melayu kerana menemani kawan saya yang beria-ia sangat nak tengok. There's no regret though. Tak sangka teater patriotik biografi boleh dibawa dengan car "
Menonton pada 12 Aug 2008 13 Aug 2008

September 2, 2008

MALAM GALA - 13 OGOS 2008

VIP:









1) YAB Dato' Sri Najib Tun Hj Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia)


2) YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Penaung Kehormat: Isteri Timbalan Perdana Menteri)

3) Y.B. Dato' Seri Haji Zulhasnan bin Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan)

4) Y.Bhg. Datin Sri Siti Nooriah Ana Abd Razak (Penaung: Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

5) Y.B. Datuk Mohd. Shafie bin Haji. Apdal (Menteri Kebudayaan, Seni & Warisan)

August 31, 2008

AKAN DATANG: TEATER MUZIKAL IBU ZAIN


Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman
Ibu Zain (1903 - 1989)

**************************************
Buat baik ayuhai rakan
Ke dalam laut terus campakkan
Jikalau tidak dikenal ikan
Allah mengetahui iakah bukan

Buatlah jasamu teruna Siti
Hidupmu biar membawa erti
Kamu mati semut pun mati
Jasa itulah bezanya nanti.
Rosminah Tahir, 2008

******************************************
Anjuran:

Suasana Malam Gala : 13 Ogos 2008







Ketibaan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Datin Sri Nooriah Ana, Dato' Seri Zulhasnan





Dari kiri: Sasterwan Negara Dato A. Samad Said, Tan Sri Sabbaruddin Chik & isteri.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan cenderahati kepada pengarah Teater Muzikal Ibu Zain, Rosminah Tahir

Tetamu Kehormat (14 Ogos): Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah

Suntingan gambar-gambar dari


Ketibaan Tun di Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Teater Muzikal Ibu Zain





Datin Sri Nooriah Ana menyampaikan cenderamata kepada Tun Dr Siti Hasmah.






Penuh Emosi: Kak Azean Irdawaty menemui Tun



Tun Menemui Pelakon




Showtime!! Kenangan Pementasan Teater Muzikal Ibu Zain



Para pelakon yang menjayakan pementasan Muzikal Ibu Zain






Seri Kandi kau emas tempawan



Menyuluh hasrat cita idaman



Lepas dari belenggu cengkaman



Kembalikan tanah ketuanan.



*Liza Othman sebagai Siti mendodoikan keenamnya, Zainun @ Ibu Zain






Hari pertama ke sekolah



*Tadika pertama yang dikelolakan oleh kaum Melayu di Tanah Melayu. (Kampung Pasuh Jaya Waras. Pengasas: Ibu Zain.)





Nan Setitik jadikan laut, nan sekepal jadikan gunung



*Munshi Sulaiman (ayah kepada Ibu Zain) yang dilakonkan oleh Dato' Rahim Razali




Bersepakat Membawa Berkat : Cikgu-cikgu berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton sekalian.



*Tertubuhnya Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor & Majalah Bulan Melayu



Kekejaman & kerakusan Jepun di Tanah Melayu



Nostalgia: Ibu Zain mendermakan rantai emas daripada jam pemberian arwah abangnya untuk mengumpul dana bagi kemerdekaan Tanah Melayu






Cikgu Jumilah @ Sherry: Tn Syed, Tulislah karangan yang berani, bukan kisah-kisah yang berahi!!

Tertubuhnya kolej impian Ibu Zain, Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam: Mercu kejayaan & kebanggaan kepada Ibu Zain.

(*Gambar suntingan dari Minaq_Jinggo Fotopages)

Perkarangan Istana Budaya sebelum pementasan



Beratur untuk masuk ke dalam Panggung Sari

August 30, 2008

Laporan Media: Persembahan Teater Muzikal Ibu Zain



15/8/08: Bernama : ROSMAH HOPES DR M, SITI HASMAH WILL REJOIN UMNO
Datin Seri Rosmah Mansor, the wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said today that she hoped Tun Dr Mahathir Mohamad and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali would rejoin Umno.Rosmah said she was confident that the former prime minister and his wife still loved Umno although they left the party in May.She thanked Dr Mahathir for his willingness to grace the Ibu Zain Musical Theatre at Istana Budaya here tonight.Speaking to reporters after meeting a delegation from the Malaysian Women Writers Association at her residence here today, Rosmah, who is also the patron of the show, urged politicians especially women polticians to watch its as it portrayed Ibu Zain's life journey."Ibu Zain's encouraging words should be treasured by politicians especially Wanita and Puteri Umno members," she said.-- MOREROSMAH-MAHATHIR 2 (LAST) KUALA LUMPURIbu Zain Musical Theatre executive producer Noraini Nordin said she also planned to stage the play in Permatang Pauh as part of the by-election campaign.She said she would propose the idea to Datuk Seri Najib Tun Razak who is heading the Barisan Nasional election machinery there.The musical depicts the struggle of Ibu Zain whose real name is Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman. Ibu Zain fought against the formation of the Malayan Union in 1946 and championed women's rights through Wanita Umno.The play, which will be staged over seven days at Istana Budaya, ends on Monday.-- BERNAMANSS KAM MAI MB HA

15/8/08: Plans To Stage "Ibu Zain" Musical Nationwide
http://web7.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=352895
KUALA LUMPUR, Aug 15 (Bernama) -- The musical 'Ibu Zain' will be staged nationwide if there are requests, including in Permatang Pauh to give Malaysians an opportunity to appreciate Umno's struggle to gain independence for the country.The patron for the musical, Datin Seri Rosmah Mansor said the production crew was keen to stage it in Permatang Pauh to create awareness among its people the sacrifices past leaders made in the effort.The Deputy Prime Minister's wife said this during an interview on Bernama TV's Helo Malaysia progamme Thursday night.Rosmah said all Umno members should watch the show to gain an insight into the struggle of past Umno leaders in bringing dignity to the Malays.She said shows like this could help instill noble values among the younger generation as theatre was a more effective medium for the purpose than books as the (theatre) experience will be remembered for a long time.Meanwhile, the musical's executive producer Noraini Nordin said she would be more than glad to bring the show to other states to give all Malaysians a chance to view it.-- BERNAMA




22/08/08: Musical brings Ibu Zain to life on stage





KUALA LUMPUR: The life of Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, better known as Ibu Zain, was staged in a packed hall during a gala night at Istana Budaya here recently.
Reliving the times before independence, the musical depicted Ibu Zain as a student, teacher, wife, author and independence fighter.
Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique and his wife Datin Seri Siti Nooriah Ana Razak and Datin Seri Shuryani Shuaib, wife of Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal were present at the event.
Later, the VIPs presented souvenirs to the creative team led by director Rosminah Tahir.
The leading cast members were Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Nur Fatimah, Hisham Ahmad Tajuddin, Catriona Ross, Avaa Vanja and Mazin Ameen Siraj.
The musical was staged in Panggung Sari of Istana Budaya from August 12-18.




18/8/08: Pelakon mantapkan teater Ibu Zain
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20080818075550/Article/
Oleh Zaidi Mohamad


Empat watak utama miliki keistimewaan sendiri APABILA menyebut teater muzikal, selain aspek lakonan, dua aspek penting yang perlu dititikberatkan ialah gerak tarian dan nyanyian yang saling melengkapi. Lalu sesuatu yang harus dipuji dalam teater muzikal Ibu Zain yang berlangsung pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos di Istana Budaya ialah semua pelakon yang terbabit perlu menyanyi walaupun mereka bukanlah penyanyi kecuali Nur Fatimah.Watak Ibu Zain ditunjangi empat pelakon mewakili empat generasi berbeza iaitu Liza Othman ketika dewasa, Nur Fatimah (muda), Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin (remaja) dan Nurul Syariza Nor Azim (kecil). Keempat-empat mereka mempunyai tarikan dan keistimewaan berbeza dan sesuatu yang wajar dipuji ialah dari segi pemilihan pelakon bagi watak Ibu Zain yang dilihat senada dan seiring kerana masing-masing mempunyai iras muka yang agak sama. Fasa perubahan dan peningkatan imej watak Ibu Zain juga dilihat sekata dan menunjukkan kaitan yang kuat. Sesuatu yang menarik perhatian penulis ialah watak Jemaah dan Ramlah (ketika besar) yang ditangani baik pelakon baru bernama Farah Adila.Bagi sebuah pementasan teater, tanpa ragu lantunan dan lontaran vokal yang jelas, lancar, kuat dan berjiwa mampu memberikan tarikan dan fokus buat penonton. Itu dibuktikan oleh Farah Adila, graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kemampuan adik Tengku Iezahdiyana juga sangat meyakinkan dan perlu diberi perhatian. Anak gadis berusia 16 tahun ini sudah mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak kecil lagi. Selain Ibu Zain, dia pernah berlakon teater Laila Majnun, Rubiah, Tun Perak dan Siti Di Alam Fantasi. Yang lebih penting ialah untuk kita sebagai penonton melihat cebisan perjuangan Ibu Zain tatkala laluan hayatnya berdepan dengan saat getir zaman penjajahan Inggeris, Jepun, komunis, darurat dan kebangkitan Malayan Union sehingga Tanah Melayu (Malaya) mendapat kemerdekaan. Turut berlakon dalam teater terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan arahan Rosminah ialah Datuk Rahim Razali, Sahronizam Noor, Catriona Ross dan Avaa Vanja.INFO:· Orang ramai yang berminat menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain, tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150.· Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web www.istanabudaya.gov.my dan hubungi talian box office, 03-4024 8715 atau 03- 4026 5558






18/8/08: Ibu Zain semai semangat jati diri




TEATER muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir yang kini sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga malam ini sememangnya sarat dengan semangat patriotik dan nilai moral yang tinggi.Mungkin isu-isu itu biasa diserlahkan dalam pementasan genre tersebut, tetapi pengarah teater ini sedikit berani mengetengahkan isu mubaligh Kristian yang bergiat aktif di sebalik penubuhan sekolah-sekolah Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu pada era tahun 1940-an.Rosminah mengungkap kebijaksanaannya dalam menangani kebimbangan terhadap fenomena itu menerusi dialog-dialog yang diperturunkannya menerusi watak Ibu Zain yang secara tersirat membayangkan bahawa keadaan itu terkawal.“Saya sudah belajar kitab Injil dan al-Quran sedangkan puan (Shellabear) hanya belajar Injil sahaja. Saya tahu kedua-duanya sekali. Jadi, sekarang siapa yang lebih pandai?,” ujar watak Ibu Zain semasa zaman remajanya berdialog dengan Shellabear yang merupakan salah seorang mubaligh Kristian ketika itu.Pengetengahan isu itu mungkin timbul kerana pada ketika itu pihak penjajah telah menubuhkan banyak sekolah aliran Inggeris yang sekali gus cuba menyebarkan agama Kristian terutamanya di kalangan orang Melayu.Watak Ibu Zain yang juga mewakili wanita pada zamannya diperlihatkan dengan kredibilitinya yang tersendiri bukan sahaja sebagai seorang pelajar pintar tetapi juga ibu yang amat bertanggungjawab selain ketokohannya dalam bidang perguruan ketika mendidik anak bangsanya.Biarpun pementasan arahan Rosminah Tahir itu dipentaskan sempena menjelangnya Hari Kemerdekaan negara yang ke-51 pada 31 Ogos ini, tetapi naskhah ini juga boleh dan sesuai untuk dipentaskan pada bila-bila masa.Selaku penulis skrip, beliau juga bijak mencipta dialog yang bukan sahaja sinis dan berbau kelucuan tetapi juga menyuntik semangat kesedaran tentang perjuangan Ibu Zain atau nama sebenarnya Zainun Munsyi Sulaiman dalam menyemai semangat jati diri di kalangan penonton.Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai tersebut, Rosminah turut menyelitkan banyak dialog lucu dan spontan bagi menggambarkan tentang perjuangan Ibu Zain semasa menerajui persatuan guru-guru wanita di Johor ketika itu.Justeru, teater muzikal ini bukan setakat untuk tontonan individu, sebaliknya ia juga paling sesuai ditonton bersama seisi keluarga kerana banyak nilai pembelajaran, kesedaran dan sejarah yang boleh diimbau menerusi naskhah ini.Apatah lagi, dengan berkonsepkan muzikal yang diselang-selikan dengan lagu-lagu yang mendayu-dayu serta dialog-dialog mudah tetapi sarat dengan elemen-elemen tersebut, ia menambahkan lagi daya tarikannya.Antara lagu khas yang diperdengarkan menerusi teater muzikal ini berjudul Seri Kandi Emas Tempawan dan Nan Setitik Jadikan Laut yang digubah oleh Nik Nizam Jaafar dan liriknya pula ditulis oleh Rosminah Tahir.Watak-watak lakonan pelakon seperti Farah Adila Apandi yang melakonkan watak Jemaah dan Ramlah, Sharifah Mariam Syed Abdullah (Jumilah) dan Tania Zainal (Munah) banyak mencetuskan hilai tawa para penonton pada malam itu.Tidak dinafikan tiga pelakon ini paling banyak menceriakan pementasan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia ini yang turut menampilkan ramai pelakon terkenal seperti Datuk Rahim Razali, Catriona Bahrin Ross, Nur Fatimah, Sahronizam Noor, Mazlan TahirHisham Ahmad Tajuddin dan Avaa Vanja.Teater yang dinaungi oleh Penaung Kehormatnya iaitu isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu tidak ketinggalan mencetuskan rasa keinsafan melalui adegan pendudukan tentera Jepun yang terkenal kerana bersikap kejam dan buas.Baru-baru ini, Rosmah hadir menonton pementasan bersama-sama Penaung teater muzikal Ibu Zain, Datin Seri Nooriah Ana Abdul Razak, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Omar Awang.


16/8/08: Ibu Zain di Permatang Pauh?



LUMPUR 15 Ogos - Teater Ibu Zain akan dipentaskan ke seluruh negara sekiranya terdapat permintaan, termasuk ke Permatang Pauh bagi memberi peluang penduduk kawasan itu menghayati perjuangan UMNO mencapai kemerdekaan.Penaung Kehormat teater itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, tenaga produksi teater itu memang berminat untuk mementaskan teater yang menceritakan perjuangan Ibu Zain ke Permatang Pauh bagi menyedarkan orang kawasan itu tentang perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara."Mereka nak juga membawa teater ini ke Permatang Pauh sebagai satu cara untuk menyedarkan orang Permatang Pauh tentang pejuang UMNO dan merdekanya negara kita ini oleh kerana pejuang UMNO, pejuang mereka yang terdahulu," kata isteri Timbalan Perdana Menteri itu ketika menjadi tetamu rancangan Helo Malaysia terbitan BernamaTV.- Bernama








15/8/08: Rosmah harap Dr M, isteri kembali ke pangkuan Umno


KUALA LUMPUR: “Saya harap Tun (Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) berdua terbuka hati untuk kembali ke pangkuan Umno selepas menonton Teater Muzikal Ibu Zain nanti,” demikian harapan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Katanya, walaupun Dr Mahathir bersama isteri sudah keluar dari parti, beliau yakin bekas perdana menteri itu masih menyayangi Umno.“Biarpun Tun berdua sudah meninggalkan Umno, saya percaya Tun masih ingat dengan perjuangan Umno,” katanya selepas perjumpaan dengan Persatuan Penulis Wanita Malaysia di sini, semalam. Rosmah mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan isteri kerana sudi hadir menonton teater muzikal perjuangan kemerdekaan Ibu Zain itu di sini, malam tadi.


14/8/08: Rosmah harap Dr M, isteri kembali



KUALA LUMPUR: Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan kembali semula ke pangkuan Umno.Katanya beliau yakin bekas perdana menteri itu dan isterinya masih menyayangi Umno walaupun kedua-duanya sudah meninggalkan parti itu pada 19 Mei lalu kerana kecewa lalu menganggap Umno sekarang tidak lagi seperti Umno yang ditubuhkan 62 tahun lalu.Rosmah juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan isteri kerana sudi untuk hadir teater muzikal mengenai pejuang kemerdekaan Ibu Zain di sini malam ini.Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Persatuan Penulis Wanita Malaysia di kediamannya di sini hari ini, Rosmah yang juga penaung teater itu, menyeru ahli politik terutamanya wanita untuk sama-sama menonton teater berkenaan untuk menghayati perjuangan Ibu Zain.

PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN

Majlis Pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain


Tarikh : 23 Julai 2008
Masa : 3 petang
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya, KL


Vip :
1) YBhg Datin Seri Rosmah Mansor (Isteri Timbalan Perdana Menteri)
2) YBhg. Datin Seri Nooriah Ana Abdul Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

PELAKON: Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Catriona Rossa, Ava Vanja,
Shahronizam Noor, Mazin Ameen Siraj, Nur Fatimah Abdul Wahab,
Tania Zalina Zainal Abidin dll





Penuh adat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melaksanakan adat cukur jambul Ibu Zain.









Tenaga Usaha Teater Muzikal Ibu Zain bersama VVIP.





Interaksi bersama media




(Dari Kiri: Ketua Pengarah IB; Tuan Mohd. Juhari Hj Shaarani, Penaung Kehormat; Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung; Datin Seri Nooriah Ana, Pengarah Teater Muzikal Ibu Zain; Cik Rosminah Tahir)



Pelakon-pelakon Cilik Bersalaman dengan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor






Kehadiran rakan-rakan dari media amat bererti bagi warga Ibu Zain. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir & menjayakan majlis pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya.

August 6, 2008

Sensasi Rehearsal @ Ibu Zain


Kerusi? Apa yang istimewa tentang kerusi-kerusi props ini? Pada suatu hari yang mulia, ketika semua warga Ibu Zain khusyuk berlatih, tiba-tiba kedengaran satu bunyi letupan yang kuat. Terperanjat ada, tertanya-tanya pun ada.



Sherry : Awak jangan bagi tau orang lain tau....... Saya duduk hari itu, berkecai jadinyer...... Saya buat muka selamba..... tetapi ketahuan juga apabila mereka ternampak papan-papan yang berkecai. Tapi bukan salah saya :- Kerusi Budak-budak, Cikgu!

*Sherry, Assistant Stage Manager yang serba boleh & popular ini sering menceriakan produksi dengan telatahnya yang mencuit hati.

Semangat kental Ibu Zain dijiwai oleh pelakon-pelakon cilik Ibu Zain. Walaupun sibuk rehearsal, pelajaran tetap tidak ditinggalkan. Membuat persediaan untuk Peperiksaan Percubaan PMR & menyiapkan kerja-kerja sekolah.

August 4, 2008

Ucapan Penaung Kehormat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


DRAF UCAPAN MAJLIS PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN 23 JULAI 2008 DI ISTANA BUDAYA.

Assalamualaikum w.b.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Barangkali sebahagaian daripada kita tidak pernah tahu betapa sulitnya perjalanan hidup tokoh-tokoh termasyor dunia termasuk tokoh-tokoh wanita yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum dinobatkan sebagai wirawati. Sepertimana tokoh-tokoh wanita terbilang negara, kita mengetahui sejarah mereka kerana ada penulisan dan berita. Namun saya percaya ada lagi kisah menarik yang tidak terpapar di mana-mana pendokumentasian. Terutama kisah-kisah yang terjadi disebalik peristiwa sejarah yang tercatat.

Maka itu adalah wajar jika kisah ketokohan dapat diperolehi melalui seni persembahan seperti yang sedang diusahakan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia bersama Istana Budaya untuk mementaskan kisah IBU ZAIN sejarawan Negara melalui Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos nanti. Pemilihan tarikh pementasan sesuai sekali dengan “mood” bulan kemerdekaan dan pemilihan tokoh seperti Ibu Zain sudah tentu akan menggamit jejak-jejak perjuangan anak watan ketika menentang penjajah.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Ibu zain mendapat pendidikan terbuka mengikut secular barat seiring kukuh dengan ilmu agama yang dititipkan oleh ayahnya Munsyi Sulaiman. Kedua-dua ilmu tersebut dimunafaatkan dalam perjuangannya membangunkan pendidikan untuk anak bangsanya sejak beliau berusia 13 tahun. Menubuhkan tadika pertama dipinggir hutan sempadan Pahang-Negeri Sembilan sekitar 1916 menunjukkan betapa semangat dan keringatnya tumpah tidak mengira tempat dan suasana tetapi berani bertindak demi memandang jauh kedepan bahawa anak-anak bangsanya jika tidak berilmu, tidak akan ada pembangunan dan tidak akan bernyawa sebuah Negara bangsa.

Tokoh besar dalam sejarah Negara ini telah meninggalkan inspirasi dan idea dikalangan kaum ibu untuk menjadi ibu manusia yang cerdik yang dapat mendidik anak-anak kenal dunia tanpa meninggalkan tuntutan akhirat seperti slogan katanya “Agama dididik moden dibela”.

Sebagai pendidik Ibu Zain bukan sahaja mengajar di sekolah tetapi juga melalui persatuan guru dan perkumpulan perempuan yang ditubuhkan serta menyalurkan nasihat dan pendapat melalui penulisan di majalah dan akbar waktu itu seperti “Bulan Melayu” dan “Majalah Guru”.

Keunggulannya melontarkan pemikiran-pemikiran baru dalam hukum Islam yang selaras dengan tuntutan masyarakat terutama memperjuangkan hak perempuan dan anak-anak telah mendekatkan Ibu Zain dengan segenap lapisan masyarakat hingga memudahkan beliau melibatkan diri menuntut kemerdekaan. Penentangan terhadap Malayan Union menyerlahkan ketokohan ibu Zain sebagai pemimpin hingga kemudiannya dilantik menjadi Ketua kaum Ibu UMNO dan menjadi ahli parlimen.

Semangat perjuangan Ibu Zain terhadap pendidikan, pesuratan dan politik tidak pernah luntur sepanjang hayatnya. Penemuan ini ingin jika dapat dirungkaikan dalam TEATER MUZIKAL IBU ZAIN, akan menjadi satu wadah menyalurkan sejarah keperibadian manusia yang dapat mendorong genarasi hari ini membaktikan diri pada nusa dan bangsa supaya menjadi ilmuan muda yang selalu ingin tahu dan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang telah membina peradaban bangsa.

Ibu Zain emas tempawan
langkahnya mendahuli masa
Ibu manusia bonda pahlawan
kasihnya tumpah pada semua
Ibu zain wanita perkasa
dewasa semasa remaja
remaja dikala berusia
membisik ketuanan milik kita

Semuga cita memenuhi hasrat. Semuga hasrat menjadi berkat dan contoh tauladan yang sepadan, dengan ini saya melancarkan pementasan produksi teater muzikal IBU ZAIN.

Terima kasih.

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html