Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

August 2, 2008

Ibu Zain di Media

Rancangan Helo Malaysia Bernama TV






12/8/08: Saluting Ibu Zain


By Bissme S.



The life of pro-independence fighter and proponent of education for women the late Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman is being staged at Istana Budaya from today
HISTORY is not made by men alone. Women also play an important part. That’s why Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) has decided to stage the life of the late Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, or better known as Ibu Zain.
The play, Teater Muzikal Ibu Zain, opens today for a week at Istana Budaya.
"So far, we have been concentrating on male figures," says theatre director and writer Rosminah Mohd Tahir, in reference to recent theatrical productions based on local historical figures such as Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Ja’afar, Tun Tan Cheng Lock and Tun V.T. Sambanthan.
"If you examine history, you will find that there were women who played an active role in getting the country’s independence and developing the nation. They supported the leaders and we should highlight these facts," Rosminah adds.
The director, who is also PPWM vice-president, decided to stage a play that focuses on a female historical figure who had contributed a lot to the nation.
She picked Ibu Zain (above), who not only fought for independence but was also a strong proponent for the importance of education, particularly for the fairer sex.
"She [lived] in a period where women were not encouraged to study," says Rosminah. "It was not easy to change the people’s mindset then. She received a lot of flak.
"She believed knowledge is important if one wants to be liberated and do not wish to be conquered. The only way one can be knowledgeable is to be educated."
Rosminah, who wrote the script for the play, says she discovered many similarities between Ibu Zain and herself.
"Both of us are into teaching. She was a teacher while I am a lecturer. Her first teaching post was in Muar whereas when I was a teacher, my first posting was also in Muar."
She also highlighted the contribution of Ibu Zain’s father in the play who encouraged his daughter to speak her mind and seek knowledge. "Her father wanted her to study at a time where most fathers would prefer their daughters to be in the kitchen," says Rosminah.
"He even sent her to an English school. She was one of the few Malays who attended an English school run by Christian missionaries."
Rosminah has drawn upon this aspect to create a scene where Ibu Zain is seen reading a Bible in the play, a fact that might raise some eyebrows.
"I am not stirring up any controversy," says the director. "I am just showing there is nothing wrong reading other religious books. No religion encourages us to do bad things. By reading other religious book, we are just broadening our horizon."
And the fact remains that Ibu Zain had never converted and remained a devout Muslim all her life despite her exposure to Christianity.
Rosminah had sent the script to Ibu Zain’s son Sulaiman Shakib to make sure there were no factual errors. "He seems pleased with what we have written," she says.
Four actresses are cast to play the part of Ibu Zain from childhood to her last days. Nurul Syariza Nor Aim plays the young Zain; Tengku Iezahdiyana Nurhanie is the teenage Zain; Nur Fatimah plays the adult Zain; while veteran actress Liza Othman is the older Ibu Zain.
If you examine history, you will findthat there were women who playedan active role in getting the country’sindependence and developing thenation." – Rosminah Mohd Tahir
Rosminah had wanted Ibu Zain’s eldest daughter, prolific writer Adibah Amin, to play the older Zain.
"Adibah did some acting in her early years,’ she says. "But she is too sick now to take up this project. It would have been great to have Ibu Zain’s own daughter playing her."
However, Liza, who takes on the challenge of playing the older Ibu Zain, is ready to give her best. This is Liza’s third time playing this particular character. The first time was in the stage production Merdeka Merdeka Merdeka followed by the movie, 1957 Hati Malaya.
"In both those productions, I only appeared in a few scenes," says Liza. "This is different. This whole play is telling her story. Of course, the responsibility is higher."
As part of her preparations, Liza went to the National Archives and listened to an interview done on Ibu Zain.
"It was a three-hour interview but I didn’t feel bored," says this mother of seven.
"[Ibu Zain] always said if we get colonised, it is our fault – we do not have knowledge. She was a woman ahead of her times. I hope the play will convey this message."
For ticket reservations to Teater Muzikal Ibu Zain, call 03-4024 8715 or 03-4026 5558











13/8/08: Gaya Ibu Zain


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ratu/20080813080326/Article/




Oleh Halina Mohd Noor
PERSIAPAN AWAl: Sarina menunjukkan lakaran baju kurung Ibu Zain.
Teater Ibu Zain di Istana Budaya paparkan keunikan baju pejuang wanita Melayu WALAUPUN tidak pernah melihat sendiri bagaimana gaya dan penampilan tokoh pejuang wanita tersohor negara, Ibu Zain atau Tan Sri Zainudin Munshi Sulaiman, dapat dibayangkan keanggunan beliau sebagai wanita Melayu yang kekal ke mana jua dengan baju kurung Teluk Belanga dan tudung putih yang dilipat ringkas ke belakang. Baju kurung dan tudung itulah yang menjadi semacam pakaian seragam beliau sejak kecil hinggalah bergelar gadis sunti dan seterusnya muncul antara wanita yang aktif dalam perjuangan politik menentang penjajah bermula daripada era British, pendudukan Jepun serta komunis




Tatkala menatap gambar-gambar lamanya, terpegun seketika melihat sekeping gambar beliau yang berpeluk tubuh kesejukan dengan hanya berbaju kurung ketika meredah kota London. Ternyata semangat beliau mempertahankan maruah bangsa begitu kuat sekali. Sempena bulan kemerdekaan, Istana Budaya mempersembahkan pementasan teater muzikal yang mengangkat perjuangan tokoh wanita dilahirkan di Kampung Nyalas, Melaka ini bermula 12 hingga 18 Ogos. Selain persembahan yang mengagumkan, apa yang menarik perhatian penonton adalah pakaian yang digayakan pelakon wanita terutama watak Ibu Zain yang dipegang Liza Osman dan pelakon lain seperti Nur Fatimah, Tengku Iezahdiyana Nurhanie dan Nurul Syariza. Menyediakan semua kostum atau pakaian ini juga bukan satu tugas mudah. Tanggungjawab itu digalas Pereka Kostum Istana Budaya, Sarina Azizan, 28 yang memerlukan beliau membuat banyak penyelidikan mendalam sebelum menghasilkan pakaian pada era 30-an dan 40-an itu. Ikuti temu bual Ratu bersama beliau yang ditemui seminggu sebelum pementasan teater berkenaan.




Bagaimana perasaan anda apabila dipertanggungjawabkan menyediakan kostum pada zaman Ibu Zain? Saya tahu tanggung jawab itu tidak semudah yang dibayangkan. Pada era 30-an dan 40-an, saya belum dilahirkan dan tidak pernah melihat sendiri pakaian atau fesyen pada zaman itu. Saya tahu kebanyakan wanita berbaju kurung, tetapi saya tidak dapat bayangkan apakah jenis fabrik atau motif yang digemari pada waktu itu. Tambahan pula saya tidak banyak pengetahuan mengenai pakaian pada era berkenaan. Ia agak menyulitkan kalau hanya melihat berdasarkan gambar lama yang kebanyakannya hitam putih. Jadi, saya harus bekerja keras untuk mengembalikan fesyen pada zaman berkenaan. Apakah cabaran yang terpaksa anda lalui untuk mengembalikan gaya Ibu Zain? Saya membuat banyak penyelidikan sebelum menghasilkan kostum Ibu Zain dan pelakon lain yang memainkan peranan sebagai Ibu Zain ketika zaman kanak-kanak, remaja dan selepas bergelar ibu. Saya tidak boleh bergantung kepada gambar lama kerana selain ia berwarna hitam putih, ia juga kabur. Jadi, saya pergi ke sekolah lamanya di Tengkera, Melaka dan Methodist Girls School, Johor untuk mendapatkan gambaran pakaian yang dipakainya ketika di zaman persekolahan. Maklumat paling banyak saya peroleh adalah daripada Kolej Tengku Mariam di Johor yang ditubuhkan oleh Ibu Zain. Saya juga menemuramah anak lelakinya, Sulaiman Shakib dan menantu perempuannya yang menjaga Ibu Zain mengenai gaya Allahyarham ketika itu.




Sebagai pereka fesyen, apakah keunikan gaya Ibu Zain ketika itu? Ibu Zain seorang yang ringkas dalam berpakaian dan lebih gemarkan baju kurung sejak kecil lagi. Beliau amat menggemari warna biru atau coklat dan motif bunga kecil seperti bunga tanjung. Baju kurung kembang tanpa pesak, leher berpotongan teluk belanga dan sepasang dengan kain yang disusun kipas di bahagian kirinya. Ada poket pada bahagian depan baju untuk memudahkan wanita dulu menyimpan barangan keperluan seperti rokok, sirih, sapu tangan dan sebagainya. Tidak seperti wanita lain pada masa itu yang gemar menggayakan selendang, Ibu Zain lebih suka memakai tudung dengan ikatan ringkas iaitu lipat ke belakang leher seakan gaya rahib wanita. Pengaruh ini mungkin disebabkan beliau pernah belajar di sekolah Methodist, tetapi ia sama sekali tidak melunturkan akidahnya sebagai wanita Islam. Unik sekali kerana tidak ramai wanita sezaman dengannya memakai tudung kepala pada masa itu. Penampilan itu juga menjadikan beliau kelihatan anggun sebagai wanita Melayu sejati. Bagaimana anda menyesuaikan gaya dan potongan yang ada hari ini untuk merealisasikan gaya Ibu Zain sebenar? Saya berdepan masalah mencari motif yang digemari Ibu Zain seperti bunga tanjung kerana ia amat sukar sekali diperoleh pada zaman ini. Jenis fabrik tidak banyak masalah kerana beliau banyak menggunakan kain kapas dan kain kasa untuk baju kurungnya. Bagaimanapun kain kasa agak mahal pada masa ini dan tidak banyak dijual. Saya juga perlu menyesuaikan warna dan corak agak tidak terlalu kusam dan kurang menarik apabila disimbah sinar cahaya apabila berada di atas pentas. Pada pandangan anda, apakah gaya Ibu Zain ini boleh kembali segar dan diminati generasi hari ini? Dulu, saya sendiri kurang berminat dengan pakaian tradisional wanita Melayu. Bagaimanapun, semakin banyak kajian yang saya buat, semakin saya jatuh cinta dengannya. Minda saya terbuka dan melihat hakikatnya betapa indah dan halus seni pakaian kita. Baju kurung dijahit dan diperkemas dengan jahitan sembat tangan. Jahitan tulang belut begitu teliti dan halus menghiasi leher baju kurung. Diperbuat daripada fabrik lembut seperti kain kapas dan kasa, ia sebenarnya adalah pakaian paling sesuai dengan cuaca negara kita. Saya rasa, kalau generasi hari ini sedar mengenai kekayaan seni ini, pasti mereka juga akan menyukainya dan tidak berasa kekok bergaya dengannya. Baju kurung boleh digayakan ke mana saja sama ada pada majlis santai atau rasmi. Saya percaya tidak ramai pereka membuat kajian terperinci seperti anda. Apakah yang anda boleh lakukan untuk memastikan seni ini tidak pupus dan terus boleh ditatap oleh generasi akan datang? Sejak terbabit dengan pelbagai penyelidikan mengenai pakaian tradisional, saya menyimpan segala data menerusi dokumentasi khas. Saya ambil gambar setiap baju yang dihasilkan dan menyimpannya dengan harapan ada pereka muda mahupun generasi hari ini mendapatkan maklumat mengenainya dengan lebih mudah. Sebelum ini saya sendiri begitu sukar mendapatkan maklumat ini kerana ketiadaan dokumentasi berkaitan dengannya. Setakat ini saya mempunyai lebih 20 dokumentasi mengenai pakaian tradisional Melayu seperti Tun Fatimah. Harapan anda pada masa depan? Saya berharap lebih ramai pelajar khususnya mereka yang berada dalam bidang seni reka fesyen menerokai dunia pakaian tradisional Melayu. Pakaian kita sebenarnya amat halus dan unik. Saya rasa mereka akan terus jatuh cinta selepas didedahkan dengan keindahan seni pakaian Melayu. Janganlah semua graduan bidang ini hanya ingin tampil glamor dengan baju berciri kontemporari kerana kalau kita tidak buat, siapa lagi yang akan meneruskan tradisi ini.






12/8/08: Kunci Episod Hitam




Oleh Zul Husni Abd Hamid





Vanja muncul dalam teater Ibu Zain di Istana Budaya mulai malam ini BUTIR bicaranya sarat hujah bernas, tidak lagi disulami tawa kosong seperti mana Avaa Vanja yang dikenali dulu. Setiap perkataan dilontarkan penuh serius, jelas memperlihatkan Avaa yang baru - sarat visi untuk membangunkan industri lakonan tempatan. Pernah dulu haluan seninya terumbang-ambing, gara-gara salah percaturan tiada siapa yang memandang serius kepada gadis yang kini memanjat usia 28 tahun.


Avaa dulu dilihat tidak lebih sekadar penyeri dunia hiburan. Menyogok media dengan himpunan cerita kontroversi, membiarkan diri tenggelam dalam keseronokan dunia yang pada fikiran umum penuh dengan glamor. Namun kata Avaa, Allah Maha Pemurah. Dia memberikan Avaa peluang kedua, menutup aib silam yang kelam serta membuka lembaran baru yang gemilang buat anak kelahiran Kuala Lumpur itu. Akuinya, Avaa yang dulu sudah 'tiada' dan janjinya kepada khalayak, Avaa yang baru tidak lagi bersandar kontroversi untuk dikenali.



Tutup sudah segala kontroversi lalu, tidak mahu lagi dia mengenangnya malah seboleh mungkin, Avaa mahu mengunci kemas episod hitam lalu. "Tuhan menemukan saya dengan apa yang saya cari dalam hidup ini," kata Avaa pada pertemuan bersama Hip, baru-baru ini. Akui Avaa, dulu dia terlalu naif menangani cabaran dunia hiburan. Apa yang terbentang di depan matanya hanya gambaran keseronokan kosong tanpa dia menyedari anak seni juga punya peranan serta tanggungjawab mereka sendiri. Bersyukur kerana dirinya dipilih Allah untuk diuji dugaan berat dan hari ini, Avaa mengecap kemanisan atas luka semalam. Avaa banyak belajar daripada peristiwa lalu, menerima apa yang baik untuk dirinya dan serius dalam pekerjaan yang dilakukan.


SEKADAR LAKONAN: Avaa bersama Catriona Ross dalam pementasan teater Ibu Zain.
"Saya mengambil masa yang panjang untuk memahami setiap inci dunia hiburan. Dulu bukan saya tidak serius, cuma mungkin ketika itu saya masih dalam proses mengenali apa itu industri hiburan. "Sekarang saya lebih fokus, malah bersemangat untuk terus mendalami bidang ini dan apabila tiba masanya saya mahu menyumbang kembali kepada pembangunan industri filem," katanya. Enggan menyerah serta tunduk kepada keadaan, cuma sesekali hatinya dicuit rasa kecewa apabila kesilapan lalu terus dipersoalkan, Avaa bagaimanapun tidak menyalahkan media. Baginya, setiap media mempunyai fokus mereka sendiri tetapi apabila terlalu banyak cerita peribadi digembar-gemburkan hingga mengaburi kerjaya dan bakat, Avaa mula resah. "Saya sudah berubah dan rasanya, masyarakat juga sudah boleh menilai apakah saya ikhlas atau tidak. Dulu mungkin saya membiarkan sesetengah pihak mengambil kesempatan. "Tetapi hari ini, saya sudah berani menyuarakan apa yang bersarang di hati. Cukuplah cerita lalu kerana saya kini mahu berbicara mengenai masa depan. "Saya tidak takut, malah jiwa ini semakin kental selepas saya mengenali apa yang saya inginkan," tegas Avaa.


Buka mata kerana Miss Rogayah KALA Malam Bulan Mengambang (KMBM) arahan Mamat Khalid menjadi titik tolak kepada pemain watak Miss Rogayah supaya memikirkan apa yang dimahukan sebagai anak seni. Jika tidak kerana cabaran pengarah kreatif itu, tidak mungkin Avaa akan berdiri semula dan menjadi segah hari ini. Hanya satu amaran Mamat diberikan ketika dia diminta beraksi di samping aktor berkaliber, Rosyam Nor - sama ada Avaa akan menyinar atau tenggelam dalam kehebatan pelakon lelaki popular itu. "Ingatan daripada Abang Mamat itu cukup menusuk, membuatkan saya terfikir tiada lagi istilah main-main jika mahu berjaya sebagai pelakon. "Saya tidak mahu kerana kesilapan sendiri, bakat saya ditertawakan. Saya mahu menyumbang sesuatu dan alhamdulillah, KMBM menjawab keinginan itu," kata Avaa. Keberkesanan watak itu juga melonjakkan Avaa sebagai pilihan lima finalis Pelakon Harapan Wanita, Festival Filem Malaysia Ke-21, baru-baru ini. Di sebalik berita gembira itu, sesekali kata Avaa, terselit juga rasa terkilan apabila ada tanggapan dia kini sudah bergelar pelakon filem. Hakikatnya kata Avaa, lakonan adalah satu kerjaya sama ada drama atau filem dia tidak pernah meletakkan syarat. Asalkan dia puas dan tercabar dengan watak yang diajukan mengapa perlu menolak tawaran. "Penerbit juga semakin serius menawarkan watak. Saya seorang yang terbuka dan bertolak ansur. Jika tidak puas hati atau apa-apa, saya suka berterus terang. "Untuk apa simpan dalam hati kerana itu tidak membantu apa-apa. Cuma semuanya perlu dilakukan secara beralas dan rasional kerana setiap manusia itu perlu dihormati," kata Avaa yang semakin menyinar sebagai pelakon. Selami mesej, bukan nama GARA-GARA menerima watak sebagai mubaligh Kristian, Miss Shellabear dalam pementasan muzikal Ibu Zain yang akan membuka tirainya di Istana Budaya, 12 Ogos ini, Avaa diheret dalam satu polemik baru. Memainkan peranan kontroversi itu, keberanian Avaa dipersoalkan ramai dan apa yang mengecewakannya, dia terlebih dulu dihukum tanpa memahami mesej yang cuba disampaikan menerusi lakonannya itu. ""Saya terima bukan kerana watak sebaliknya mesej yang cuba dibawakan menerusi babak membabitkan lakonan Shellabear dan Ibu Zain. Dia cuba memujuk Ibu Zain supaya menganut Kristian tetapi ditolak wanita itu yang memilih Islam sebagai agama terbaik. "Mengapa tidak mesej yang cuba disampaikan babak itu diselami kerana ia menghantar makna yang cukup kuat untuk dihayati," kata Avaa mempertahankan rasional mengapa dia menerima tawaran itu. Akui Avaa, dia tidak langsung terfikir lakonannya itu akan dijadikan isu kerana apa yang dipaparkan di pentas nanti hanya ilusi sebagai seorang pelakon. Baginya, Avaa tetap Avaa iaitu seorang wanita Islam dan dia tidak mungkin akan menjadi Miss Shellabear dan apa yang dipaparkan di pentas nanti hanya sebuah lakonan untuk difahami khalayak. "Saya punya pegangan agama yang kukuh kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. Saya menerima tawaran ini atas kehendak sendiri dan tiada siapa yang berkuasa atas saya kecuali Allah. "Jika bukan kerana kuasa-Nya, peluang ini tidak mungkin saya peroleh. Dia Maha Berkuasa dan tahu apa yang ada dalam hati ini. "Saya hanya mengasah bakat, menghantar mesej yang ada dalam skrip untuk dinilai dan difahami khalayak. Peranan ini kecil hanya dua babak tetapi tidak sangka, ia diberi perhatian yang cukup besar," kata Avaa.


INFO: Avaa Vanja


Asal: Kuala Lumpur


Drama: Spanar Jaya, Tiga Teruna, Cinta Tiga Segi, Jendela Cinta, Lestari, Sembilu, Gerak Khas, Jihad Khadijah, Ada Apa Di Sana dan Ghost Story


Telefilem: Ada Apa Di Sana, Tiga Teruna, Hilang, Traffic Light dan Erra & Yusry Filem


Filem: Dukun, Kala Malam Bulan Mengambang dan Dia Datang


Teater: Ibu Zain



12/8/08: Teater Ibu Zain Sempena Bulan Kemerdekaan
Oleh Rozdan Mazalan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20080812075015/Article/









TEATER Ibu Zain ketika pratonton di Istana Budaya.

MENGANGKAT ketokohan golongan wanita dalam memperjuangkan tanah air, bangsa dan agama suatu yang jarang dilaksanakan pada sesebuah teater. Sebelum ini kita sering kali didedahkan dengan perjuangan tokoh lelaki seperti pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Namun inisiatif Istana Budaya mengangkat tokoh wanita Tan Sri Zainon Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain dalam satu pementasan teater berskala besar suatu yang terpuji. Pementasan Teater Muzikal Ibu Zain yang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya (IB) mulai malam ini hingga 18 Ogos depan diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan negara.

Penulis skrip dan pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir, berkata, permohonannya sebelum ini kepada IB adalah untuk mementaskan teater kanak-kanak namun dipertanggungjawab untuk mengangkat tokoh Ibu Zain mengikut perancangan sebenar IB. “Tanggungjawab itu diserahkan kepada Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk mementaskan teater ini khusus bagi mengenang tokoh wanita Melayu berkenaan dalam usahanya bersama memperjuangkan kemerdekaan Malaysia. “Perancangan IB itu juga bertepatan dengan bulan kemerdekaan negara kita yang bakal disambut pada bulan depan. Ibu Zain adalah tokoh yang seharusnya sudah lama kita angkat untuk menghargai jasanya pada negara.
“Beliau bukan saja dikenali memperjuangkannya menerusi bidang pendidikan saja malah persuratan dan politik juga mengangkat namanya sebagai tokoh wanita yang teragung,” katanya pada sidang media yang diadakan baru-baru ini. Turut Hadir, Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani dan Pengerusi PPWM, Rohayah Attan. Teater muzikal ini dijangka mampu memberi pemahaman menyeluruh kepada orang ramai khususnya generasi muda mengenai Ibu Zain. Ini termasuk pembabitannya dalam gerakan menentang Malayan Union pada 1946, selain usahanya memperjuangkan golongan wanita di negara ini melalui peranannya sebagai Ketua Kaum Ibu Umno (kini dikenali sebagai Pergerakan Wanita Umno).
Katanya, cabaran besar yang harus ditempuhi untuk menyahut cabaran pementasan ini adalah masa. “Saya diperuntukkan dengan masa yang terlalu singkat. Jika hendak diikutkan mementaskan teater seperti ini memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk membuat penyelidikan. “Berbekalkan pengalaman lalu mementaskan beberapa teater patriotik, watak Ibu Zain ini pernah ditonjolkan namun terlalu sedikit. Saya juga berbangga apabila usaha ini mendapat kerjasama dengan ahli keluarganya di Johor. “Selain itu, saya juga bersyukur kerana semua maklumat untuk penyelidikan ini mudah didapati melalu Arkib Negara yang banyak menyimpan audio visualnya dan saya serta pelakon lain menghabiskan masa selama tiga jam untuk mendengar saja perbualannya ketika sesi temuramah bersama wartawan suatu masa lalu,” katanya.

INFO: Teater Muzikal Ibu Zain
Keterangan lanjut mengenai Teater Muzikal Ibu Zain, hubungi 014-608 3836 atau 03-4026 5558.
Tiket dijual dengan harga bermula RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 boleh ditempah melalui Box Office IB di talian 03-40248715 atau 03-40265558 atau layari www.ibuzain.blogspot.com
Watak Ibu Zain diperkenalkan dalam teater ini mewakili empat generasi seawal usia 8 tahun.
Seramai 40 pelakon antaranya Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Mazlan Tahir, Zaefrul Nordin, Hisyam Ahmad Tajuddin, Nurfatimah, Ava Vanja, Abby Nazri, Sahronizam Noor, Dr Wong Oii Meng dan ramai lagi.
Ibu Zain pernah menerima beberapa penganugerahan antaranya, Johan Mangku Negara, Pingat Lady of Myanmar, Pingat Tun Fatimah, Ijazah Kehormat bergelar Sarjana Tan Sri Ibu Zain Suluh Budiman dan banyak lagi.


10/8/08: Bangga bawa watak Ibu Zain

http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20080810115829/Article/index_html

Teater muzikal singkap perjuangan tokoh wanita dalam politik, pendidikan

TEATER muzikal Ibu Zain mempertemukan Nurfatimah, Catriona Ross dan Avaa Vanja. Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 12 hingga 18 Ogos ini, jam 8.30 malam. Ia adalah teater muzikal yang julung kalinya mengangkat perjuangan seorang tokoh wanita bernama Ibu Zain atau nama sebenarnya Allahyarham Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman dan dipentaskan sempena mengenang jasa seorang tokoh wanita Melayu di negara ini dalam bidang pendidikan dan politik.
Pementasan teater muzikal terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) arahan Rosminah Tahir menyingkap perjuangan dan liku hidup yang ditempuh tokoh wanita itu, sekali gus memaparkan ideologi kreatif serta bernas hingga meletakkan beliau setanding dengan tokoh politik sezaman dengannya.
Watak Ibu Zain ditunjangi empat pelakon mewakili empat generasi berbeza iaitu Liza Othman ketika dewasa, Nur Fatimah (muda), Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin (remaja) dan Nurul Syariza Nor Azim (kecil). Selain itu, ia turut dibintangi Mazin Ameen Siraj (Amin), Tania Zainal (Munah), Datuk Rahim Razali (Munsyi Sulaiman), Zaefrul Nordin (Datuk Onn), Syed Sheikh Al-Hadi (Mazlan Tahir), Avaa Vanja (Shellebear), Catriona Ross (Miss Ruth), Abby Nadzri (Jumilah), Sahronizam Noor (Yunus) dan Hisham Ahmad Tajuddin (Pandak). Nurfatimah bukan asing lagi dalam dunia pementasan teater malah penyanyi dan komposer itu sudah berjinak-jinak dalam pementasan teater sejak berusia 14 tahun lagi. Antaranya, teater Lagenda, Taman Baginda, Siti Di Alam Fantasi, Laila Majnun, Rubiah dan akhir sekali teater Tun Perak di Istana Budaya pada 2000. “Saya sudah menjayakan lebih 10 teater sebelum menempa nama sebagai penyanyi. Sudah lapan tahun saya tidak beraksi di pentas gah ini, akhirnya saya kembali juga ke Istana Budaya. Saya menyertai Ahli Tunas Budaya ketika di bangku sekolah lagi sebelum bersama Artis Muda Panggung Budaya. “Ketika itulah saya banyak menyertai pementasan teater di Istana Budaya dan akhirnya terpaksa melupakan pementasan teater selepas merakamkan album. Saya berterima kasih kepada penerbitnya, Siti Rohayah Attan kerana menawarkan watak Ibu Zain ketika muda kepada saya. “Mulanya saya tak yakin dapat membawakan watak penting ini memandangkan sudah lapan tahun meninggalkan pementasan teater, tetapi Rohayah dan Rosminah percaya pada bakat saya. Saya juga akan menyampaikan enam lagu dalam teater ini,” katanya yang sudah lima tahun tiada album terbaru. Cat bawa watak Miss Ruth
Catriona pula pertama kali beraksi di pentas teater. Sudah rezekinya sebaik saja pulih daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, dua tahun dulu, Catriona tidak menang tangan dengan tawaran lakonan yang mencurah-curah. “Alhamdullilah, sejak kembali berlakon, saya belum lagi berhenti rehat hingga hari ini. Saya seronok apabila ditawarkan berlakon teater, sesuatu yang tak pernah saya cuba selama ini. Sebelum ini, saya pernah ditawarkan berlakon beberapa teater tapi terpaksa ditolak sebab terikat dengan penggambaran drama. “Ketika berehat di rumah dulu, pernah juga terdetik dalam hati saya nak cuba berlakon teater tetapi tidaklah saya menyangka hajat itu kesampaian secepat ini. Sudah rezeki saya. Walaupun bukanlah watak utama tetapi peranan yang diberikan pada saya, Miss Ruth antara watak penting dalam teater ini. “Saya memegang peranan sebagai seorang guru besar pada zaman British yang menitik beratkan agama dan budaya masyarakat Islam di kampung. Beliau juga menghalang pertukaran agama. Walaupun hanya membabitkan beberapa babak, tetapi watak Miss Ruth agak berat buat saya,” katanya. “Saya juga akan berduet dengan Nurfatimah menerusi satu lagu. Terserahlah pada penonton untuk menilai nyanyian saya. Dulu saya hanya menyanyi di karaoke, saya sendiri tak tahu sejauh mana kemampuan saya menyanyi. Apabila diminta berduet dengan Nurfatimah, saya rasa agak berat kerana Nurfatimah memiliki suara yang sedap, saya pula suara hanya setakat menyanyi di karaoke Tetapi demi watak Miss Ruth, saya cuba yang terbaik,” katanya. Avaa jadi Shellabear Seperti Catriona, Avaa Vanja juga pertama kali beraksi di pentas teater. Watak Shellebear mungkin akan mencetuskan isu kerana dirinya melakonkan watak bangsa asing yang memujuk masyarakat Melayu memeluk agama Kristian. “Saya hanya melakonkan watak itu. Wataknya tidaklah mencabar kerana hanya dua babak saja tetapi yang mencabarnya apakah mesej yang ditampilkan sampai kepada penonton? “Hakikatnya apa yang berlaku benar-benar terjadi pada Ibu Zain. Di sini kita melihat begitu kuatnya iman Ibu Zain dan beliau punya jati diri. Saya percaya apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar berguna pada penonton. Watak Shellebear juga banyak mengajar saya dan paling penting, mengukuhkan benteng keimanan saya,” katanya. Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain, tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Bagi keterangan lanjut, boleh layari laman web www.ibuzain.com.my dan hubungi talian box office, 03-4024 8715 atau 03-4026 5558.



8/8/08: Suntikan Semangat Ibu Zain
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20080805075901/Article/index_html
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

MANTAP: Ibu Zain ditangani empat pelakon mewakili empat generasi berbeza iaitu Liza Othman, Nur Fatimah, Tengku Iezahdiyana Nurhanie dan Nurul Syariza.

Temui khalayak teater pada 12 hingga 18 OgosPADA 12 hingga 18 Ogos ini, Istana Budaya bakal bergema dengan pementasan teater muzikal yang julung kalinya mengangkat kisah perjuangan seorang tokoh wanita bernama Ibu Zain atau nama sebenarnya Allahyarham Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman. Mungkin ramai yang pernah mendengar namanya namun tidak ramai yang tahu sejauh mana perjuangan wanita kelahiran Kampung Nyalas, Melaka itu demi bangsa dan negara.
Pementasan teater muzikal terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) yang diarahkan Rosminah Tahir sedikit sebanyak menyingkap kembali perjuangan dan jerih perit ditempuhi tokoh wanita negara itu. Ibu Zain ditangani empat pelakon dari empat generasi berbeza iaitu Liza Othman, 46, Nur Fatimah, 26, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin, 16 dan Nurul Syariza Nor Azim, 11. Diberi kepercayaan membawakan watak Ibu Zain, menuntut kerja keras terutama Liza Othman kerana terbabit dalam banyak babak. Ini kali ketiga Liza membawakan peranan Ibu Zain namun kali ini berbeza kerana wataknya lebih besar. Sebelum ini, Liza membawakan watak Ibu Zain dalam teater Merdeka! Merdeka! Merdeka, di mana dia muncul dalam empat babak.
Sementara di dalam filem 1957: Hati Malaya, watak Ibu Zain yang dibawanya sekadar penampilan khas. Kali ini Ibu Zain menuntut Liza untuk lebih mengenali pejuang wanita itu dengan mendalam. “Ibu Zain menjadi hero kebanggaan saya sekarang. Pembabitan saya dalam teater muzikal ini menjadikan saya lebih mengenalinya dan membuatkan saya kagum kepadanya. Saya ingin menjadi sepertinya terutama sifat keibuan yang dimiliki, saya mahu membesarkan anak seperti caranya,” kata ibu kepada tujuh cahaya mata itu. Menurut Liza, dia membuat rujukan mengenai Ibu Zain dengan mendengar temu bual bersama pejuang wanita itu. Meskipun hanya dibekalkan dengan audio saja, Liza terleka mendengar celoteh wanita itu yang penuh dengan prinsip. “Tiga jam mendengar temu bual menerusi kaset yang didapatkan daripada Arkib Negara membuatkan saya terleka. Tiga jam berlalu cukup pantas, sedar-sedar temu bual sudah berakhir akibat terlalu khusyuk dan kagum dengan keazaman serta kecekalan Ibu Zain.
“Sebelum ini saya sekadar mengenali namanya tetapi kini saya lebih mengenali siapakah Ibu Zain dan apakah perjuangannya. Saya juga merujuk kepada ibu kerana dia berasal dari Johor dan juga rakan-rakan ibu yang pernah mengenali Ibu Zain untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Ibu Zain,” kata Liza yang menerima tawaran berlakon dalam teater muzikal kerana mengakui sukakan cabaran. Kata Liza, walaupun teater muzikal Ibu Zain menuntutnya menyanyi, Liza tetap menerimanya kerana sukakan cabaran. Hanya perkara yang paling dibimbangkan apakah penonton dapat melihat keberanian dimiliki Ibu Zain untuk watak yang dibawakan nanti. Mungkin ramai yang sudah lupa penyanyi dan komposer Nur Fatimah satu ketika dulu pernah beraksi di pentas teater. Kerinduan Nur Fatimah pada pentas teater terubat apabila diberikan peranan Ibu Zain setelah hampir lapan tahun tidak berlakon. Biarpun hanya muncul dalam dua babak, Nur Fatimah tetap melakukan kajian terutamanya cara pertuturan orang Johor dan mendengar audio temubual bersama Ibu Zain untuk lebih menghayati watak yang dibawanya. “Takut juga diberi kepercayaan bawa watak Ibu Zain. Apa yang dibimbangkan karakter saya tidak kena dengan karakter Ibu Zain. “Seperkara lagi bukan senang untuk menyanyi secara ‘live’ sambil menari. Mula-mula diberikan watak ini saya takut juga tetapi mujur Kak Ros banyak memberi tunjuk ajar,” katanya.






Jom tonton Muzikal Ibu Zain!

Bahkan, menonton sebahagian babaknya pada pelancaran Muzikal Ibu Zain yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya (IB) baru-baru ini begitu mengujakan. Tiada apa boleh dikata melainkan bangga dengan semangat juang ditonjolkan.Melalui pengalaman dan kehidupan di zaman penjajah hingga negara mencapai kemerdekaan, Ibu Zain atau Tan Sri Zainun Munshi Abdullah ialah ikon wanita sejati. Justeru, teater arahan Rosminah Tahir ini wajar ditonton golongan wanita masa kini.Sekurang-kurangnya dapatlah memangkin semangat yang wanita juga seteguh lelaki. Anggapan wanita lemah atau sebaliknya tidak terjadi kerana hak tetap sama. Jika lelaki diangkat sebagai pejuang, wanita juga mampu dan tiada pengecualian.
Penaung Kehormat Muzikal Ibu Zain, Datin Seri Rosmah Mansor, menggesa wanita pelbagai peringkat usia termasuk ahli politik tidak ketinggalan ke Panggung Sari, IB untuk menyaksikan Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos ini.“Sesungguhnya, saya menganggap sebarang aktiviti ber kaitan sejarah penting untuk kita dan generasi muda harus menghargainya. Malah, barangkali sebahagian daripada kita tidak pernah tahu betapa sulitnya perjalanan hidup tokoh termasyhur negara.“Termasuk, tokoh wanita yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum bergelar wirawati. Apapun, kisah tokoh wanita terbilang negara kita tahu kerana ada penulisan dan berita. Namun, saya percaya masih banyak kisah menarik tidak dipaparkan.“Oleh itu, pementasan Muzikal Ibu Zain ini wajar untuk menyingkap kisah ketokohan beliau menerusi seni per sembahan. Ditambah pula, 'mood' Ogos sebagai bulan ke merdekaan negara. Jadi, pemilihan tokoh seperti Ibu Zain sudah tentu menggamit jejak perjuangan anak watan me lawan penjajah,” katanya.
Rosmah berkata, semangat kental dan kecekalan Ibu Zain harus dicontohi wanita terutama mereka yang terbabit dalam politik. Katanya ketokohan Ibu Zain menjadi pemimpin itu harus diikuti dan seterusnya memartabatkan lagi wanita tanah air.“Itu yang saya ingin gesa pada tokoh politik wanita negara. Pada saya, tokoh besar dalam sejarah negara ini meninggalkan inspirasi dan idea di kalangan kaum Hawa untuk menjadi ibu yang cerdik dalam mendidik anak mengenai dunia tanpa meninggalkan akhirat.“Bertepatan dengan slogan katanya 'Agama Dididik Moden Dibela'. Ibu Zain nyata bukan hanya pendidik, tetapi pejuang hak wanita terulung. Justeru, pelantikan beliau sebagai Ketua Kaum Ibu Umno dan ahli parlimen menyerlahkan lagi ketokohannya,” kata Rosmah.Kata beliau, semoga Ibu Zain menjadi wadah menyalur sejarah keperibadian manusia yang dapat mendorong generasi hari ini berbakti pada nusa dan bangsa. Bahkan menjadi ilmuwan muda yang sentiasa ingin tahu dan meng hargai perjuangan.
Selain Rosmah, hadir sama di majlis pelancaran itu ialah Penaung Muzikal Ibu Zain yang juga isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Siti Nooriah Ana Abdul Razak, Ketua Pengarah IB, Juhari Shaarani dan penerbit Muzikal Ibu Zain, Siti Rohayah Attan. Manakala, barisan pelakon yang menjayakan Muzikal Ibu Zain ialah Liza Othman sebagai Ibu Zain (dewasa), Nur Fatimah (Ibu Zain muda), Tengku Iezahdiyana Nurhanie (Ibu Zain remaja) dan Nurul Syariza (Ibu Zain kanak-kanak), Mazin Ameen Siraj (Amin), Tania Zainal (Munah), Datuk Rahim Razali (Munshi Sulaiman) dan Avaa Vanja (Shel lebear).
Menyentuh soal penyaluran sumbangan menerusi kutipan tiket, Rosminah berkata kemungkinan ia akan dibuat seperti teater Nyonya dulu untuk pelakon Azean Irdawaty. Namun, katanya bergantung pada hasil kutipan tiket yang berjaya dikumpul nanti.“Jika ada pun penyaluran sumbangan itu, kemungkinan kita akan memilih sekolah yang pernah diselia Ibu Zain. Ba gaimanapun, ia masih dalam perancangan. “Saya agak lega apabila ada sebahagian sekolah di beberapa negeri seperti Perlis, Pahang dan Johor dikatakan sudah membuat tempahan untuk menyaksikannya. Apapun, saya sudah menggarapkan sebaik mungkin supaya penonton terhibur.“Teater berasaskan elemen sejarah memang perlu dimuat kan unsur komedi dan tarian untuk tidak membosankan. Malah, pembabitan kanak-kanak juga membantu lebih men ceriakan perjalanan cerita dan saya yakin ia akan diterima baik,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menyaksikan Muzikal Ibu Zain, tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Bagi keterangan lanjut, boleh layari laman web www.ibuzain.com.my dan hubungi talian box office, 03-4024 8715 atau 03-4026 5558.





05/8/08 : Tribute to Ibu Zain
by: Dennis Chua
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Features/20080805164746/Article
(From left) Tengku Iezahdiyana Nurhanie, Liza, Nurul Syariza and Nur Fatimah all play the title role of Ibu Zain.


IN conjunction with National Day, Istana Budaya in Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, presents Ibu Zain, a musical tribute to one of the country’s “First Ladies” in the struggle for independence.
Ibu Zain will be staged from Aug 12 to 18 and stars acclaimed dramatist and actress Liza Othman in the title role, an affectionate moniker for former Wanita Umno Chief Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman.Liza, who also played Zainun in the film 1957 — Hati Malaya (released last year), shares the role of the women’s activist and freedom fighter with Nurul Syariza Nor Azim, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin and songwriter Nur Fatimah. They play Zainun at different ages in her life.Others in the 40-strong cast include Datuk Rahim Razali, Zaefrul Nordin, Mazlan Tahir, Avaa Vanja Ramli, Catriona Bahrin Ross, Abby Nadzri, Mazin Ameen Siraj and Hisham Ahmad Tajuddin.Ibu Zain is produced by Siti Rohayah Attan and written and directed by Rosminah Tahir of Lantai T. Pinkie (2006) fame, with Nik Nizam Jaafar as music director.
Zainun, a founding member of Umno in 1946, served as its Wanita Chief for four years and was also a Member of Parliament.Zainun became a government probationary teacher at 19 and later the principal of Sekolah Perempuan Bandar Maharani in Muar.She was then promoted to superintendent of girls’ schools in Johor.She also headed the Johor chapter of the Malay Women Teachers Association (MWTA) from 1930 to 1949, apart from founding Bulan Melayu, a Jawi publication for women teachers as the counterpart to the men’s Majalah Guru.As MWTA manager and editor of her publication, she highlighted the position of women, their education and their rights.Zainun had three children, one of whom is acclaimed journalist and novelist Adibah Amin.Rosminah, who met Zainun in 1979, said she wanted to show the many things Ibu Zain did at different phases of her life from childhood to her senior years.The National Archives and the RTM Museum helped the production crew with historical documentation.Twenty new tracks (a mixture of traditional and contemporary songs) have been composed by Nik Nizam for the two-hour musical.Liza, who will make her singing debut, will perform two songs titled Bumbung Lindungan and Desakkan Pertiwi.“She was a woman ahead of her time and I’m delighted to play her,” she said.Rosminah, who is head of the ASWARA (National Arts, Culture and Heritage Academy) Theatre Department as well as MWWA vice-president, said Zainun wanted the future generations to be free from colonisation, including that which involved the mind.“She stressed the importance of having the right balance of academic excellence and religious knowledge,” she said.“I believe theatre, including musical theatre, is a great way to introduce past heroes to the younger generation,” she added.• Tickets are priced at RM30, RM50, RM80, RM100 and RM150. Time: 8.30pm. Call 03-4024-8715 or 4026-5558.


24/7/08: Ibu Merdeka
Few know that Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, or Ibu Zain as she is more popularly known, was a fighter for the country’s independence and a pioneer in the education and political rights of Malay women. A musical will be staged to remember her struggles. HIZREEN KAMAL writes.
Rosminah has even greater admiration for Ibu Zain after researching her life for the musical she is directing.MENTION Malay nationalism and Malaya’s struggle for independence, and names such as Datuk Onn Jaafar and Tunku Abdul Rahman come to mind.But there’s little mention of great women who, alongside the men, fought just as hard, in their bid to free the country from the colonisation of various powers.One such individual is Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, or more fondly known as Ibu Zain.A pioneer in the education and politics of Malay women, she was also one of the leaders of Malaya’s fledgling independence movement.
She experienced many obstacles while growing up, having gone through the British era, the Japanese Occupation, the communist insurgency, the Emergency period, the emergence of the Malayan Union and its opposition, and when Malaya finally trumpeted “Merdeka!”As a wife, and then later as a single mother to three children, Ibu Zain went around the country rallying people to “fight” for independence.So it is only fitting that Ibu Zain’s life be remembered, and what better way than through a musical.Interpreting Ibu Zain’s life for the stage is director/scriptwriter Rosminah Mohd Tahir, 49.The result is Ibu Zain the Musical, a production reliving the life and times of this woman of substance who was also a teacher and author.It will be staged at the Panggung Sari, Istana Budaya in Kuala Lumpur from Aug 12 to 18.“I want to show the many things Ibu Zain did at different phases of her life from childhood to her senior years,” said Rosminah.A research team was formed late last year to put up the musical. It comprised Rosminah and her scenographer Hamzah Tahir, together with a group from Istana Budaya.The National Archives and the RTM Museum helped them with historical documentation.“This involved a lot of reading and listening to recorded audio tapes of Ibu Zain’s past interviews,” said Rosminah, who single-handedly tackled the entire script for this musical and ensured it followed closely the historical details of her title character’s life.“I even went to see her son, Sulaiman Shakib, and writer Adibah Amin. We talked about the script and they okayed it without many changes,” she added.The musical, which is to commemorate the country’s 51st independence, is made possible by CTRA Production in collaboration with the Malaysian Women Writers’ Association (MWWA).To help transport the audience back to the past, sets, backdrops and slide shows will be used to depict historical sites.Playing the elderly Ibu Zain is ‘80s actress Liza Othman. Among the other members of the 40-strong cast are Datuk Rahim Razali, Catriona Ross, Ava Vanja, Hisyam Ahmad Tajuddin and Nurfatimah.Twenty new tracks (a mixture of traditional and contemporary songs) have been composed by Istana Budaya’s Nik Nizam for the two-hour musical.It would be interesting to watch Liza’s singing debut. She will be singing two songs — Bumbung Lindungan and Desakkan Pertiwi.Having done a lot of research for this musical, Rosminah, who is also the head of department for theatre at the National Academy of Arts, has even greater admiration for Ibu Zain now.“All she ever wanted was to see future generations free from colonisation, including that of the mind.“She stressed the importance of having the right balance of academic excellence and religious knowledge,” said Rosminah, who is also MWWA vice-president.Rosminah, whose last musical outing was Muzikal Lantai T. Pinkie in 2006, chose the vehicle of a musical instead of serious theatre to portray Ibu Zain’s life because musicals seem to be more popular nowadays for theatre-goers.“I believe theatre is a great way to introduce past heroes to the younger generation,” said Rosminah, who last met the late Ibu Zain in 1979 at a youth leadership course in Johor.Woman with a causeIBU Zain was born in Nyalas, Malacca, in 1903 and died in 1989 in Muar, Johor, at the age of 86.A founder member of Umno in 1946, by the early 1950s she became its Kaum Ibu chief, a post she held for four years. She then became an MP for a term.But her story really began much earlier. At 16, after obtaining her Junior Cambridge, she taught at her father’s private kindergarten in Pasuh Jayawaras, a new settlement along the Negri Sembilan-Pahang border. Ibu Zain became a government probationary teacher at 19, and later confirmed as principal of the Sekolah Perempuan Bandar Maharani in Muar, Johor.When she turned 24, she was promoted to superintendent of girls’ schools in Johor. It was at this time that she worked towards opening new schools for girls and persuading parents to allow their daughters to become teachers.She also headed the Johor chapter of the Malay Women Teachers Association (MWTA) from 1930 to 1949, apart from founding the Bulan Melayu, a Jawi publication for women teachers as the counterpart to the men’s Majalah Guru.As MWTA manager and editor of her publication, she highlighted the position of women, their education and their rights. Thus, Umno’s early years saw a broad membership base of teachers, some of whom were her former students.Ibu Zain also assisted Umno president Datuk Onn Jaafar in the Pergerakan Melayu Semenanjung (Malay Peninsula Movement), which preceded Umno.



10/8/08: Muzikal Ibu Zain dari perspektif pelakon
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.aspy=2008&dt=0810&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=hi_22.htm&arc=hive


Oleh WANDA IDRISFoto AZHAR MOGO & WAHIDAH ZAINALSolekan & Dandanan NAS & ITA (ISTANA BUDAYA)Solekan & Dandanan CatrionaRoss (SHASHA KIMPY)
PEMENTASAN teater muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir akan berlangsung dua hari lagi iaitu 12 Ogos hingga 18 Ogos ini di Istana Budaya namun kehangatannya sudah mulai terasa. Semuanya gara-gara watak Shellabear, seorang mubaligh Kristian yang dilakonkan oleh Avaa Vanya, seorang pelakon baru dalam dunia teater.
Bagaimana pun ia bukan menjadi satu persoalan besar bagi Avaa yang sememangnya sentiasa melihat apa sahaja perkara dengan fikiran terbuka. Malah dia sudah bersedia dengan lontaran soalan-soalan panas andai melihatnya membawakan watak Shellebear, pengasas Sekolah Perempuan Methodist, Melaka yang cuba mempengaruhi pelajarnya, Zainun atau Ibu Zain supaya menganut agama Kristian.
“Saya hanya pelakon yang cuba melahirkan watak yang diberikan kepada saya,” ujarnya saat bertemu bagi menjayakan fotografi bersama pemegang watak Ibu Zain (dewasa), Nur Fatimah di studio baru-baru ini.
Biar ada yang sudah mencetuskan kontroversi, kata Avaa, ia bukanlah sesuatu yang harus ditakutkan malah merasakan ia satu cabaran dan menjanjikan lakonan berkesan pada peluang sulungnya ini.
“Saya tidak mahu terlalu mengambil serius isu ini kerana saya tidak mahu hilang fokus. Apalagi, peluang berlakon teater ini sangat saya tunggu-
tunggu selama ini.
“Tetapi paksi saya Islam. Tidak bermakna kerana saya melakonkan watak itu menjejaskan pegangan Islam saya. Sama sekali tidak, ” kata Avaa.
Lebih dikenali sebagai pengacara, Avaa juga dikenali sebagai dramatis dan mendukung watak penggoda dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang sebenarnya telah banyak membuka mata banyak pihak terhadap bakat lakonannya.
Berterima kasih kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana membuka jalan kepadanya untuk lebih dikenali, Avaa merasakan teater Ibu Zain mampu mencabar bakat lakonan yang diminatinya.
Sementelah, inilah peluangnya menonjolkan bakat kepada khalayak kerana seni persembahan yang satu ini bukan calang-calang. Sebagai pelakon, inilah antara peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan.
Malah katanya, dia teringin sangat untuk menyanyi pada pementasan itu namun sayangnya, watak Shellabear tidak memungkinkan dia menyanyi.
Walaupun berdebar menanti reaksi namun ia antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu. Beraksi di hadapan 1,300 penonton bukan tugas mudah baginya.
“Saya tahu, saya akan dapat kepuasan maksimum dalam teater kerana bukan sahaja kita mencabar bakat tetapi saya sendiri suka bekerja secara berkumpulan, tegasnya.
Baginya, tahap lakonan yang tumpul boleh ditajamkan melalui latihan tetapi tahap bekerja dalam satu kumpulan yang besar menuntut dia memberi dan menerima.
“Lakonan memerlukan kerja berpasukan. Bukan semua perkara kita tahu dan kalau syok sendiri mungkin tak ada siapa yang mahu membantu bila kita memerlukan,” tegasnya.
Sudah menjalani latihan sejak sebulan lalu, Avaa juga memberitahu, pertama kali terlibat dalam teater, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran alam pentas teater. Biar terlalu asing namun ia bukan masalah malah merasakan ia sesuai dengan diri dan berasa selesa dengannya.
“Mungkin saya ini kuntum yang lambat mekar tetapi saya akan pastikan kuntum yang mekar itu mengharum,” kata Avaa yang sememangnya terkenal dengan keramahannya itu lagi.
Nur Fatimah yang agak pendiam, gadis ini yang melakonkan watak Ibu Zain pada usia dewasa mengakui telah lapan tahun tidak berlakon di pentas teater.
Justeru, kerana kerinduan dan pementasan ini juga adalah sebagai satu penghargaan kepada srikandi Melayu, maka tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju apabila ditawarkan menyertai produksi ini.
“Sebenarnya karakter Ibu Zain sangat berbeza daripada saya. Saya pendiam tetapi beliau seorang yang lantang bersuara. Tapi saya mahu lakukan juga kerana menyukai muzikal,” kata Nur Fatimah yang sebagai penyanyi dan kini semakin dikenali sebagai penulis lirik.
Pernah merakamkan dua album, Selembut Sutera dan Gadis, juara Golden Teen Search tahun 1999 ini terlibat dalam pementasan teater sejak tahun 1996 dengan pementasan sulungnya, Teater Legenda.
Selain itu, dia turut menjadi antara pelakon dalam pementasan Siti Di Alam Fantasi, Laila Majnun dan Rubiah serta yang terakhir, Tun Perak pada tahun 2000.
Mengakui kurang mengenali siapa sebenarnya Ibu Zain namun Nur Fatimah memberitahu banyak melakukan kajiannya termasuk mendengar pita rakaman lama dalam usaha mempelajari percakapan dialek Johor-Melaka.
“Wataknya memang berat. Saya berlakon sebagai Ibu Zain pada usianya 20-an hingga 34 tahun dan saya tidak mempunyai masalah untuk menyanyi tetapi saya harus mendalami watak itu serta dialognya,” kata Nur Fatimah.
Sementara itu Catriona Ross dan Mazin Ameen Siraj juga menyatakan rasa gembira mereka terhadap pementasan ini. Bagi Catriona, selain merupakan peluang pertama menonjolkan bakat di pentas teater, ia medium terbaik mempersembahkan lakonan.
Apalagi, antara yang terlibat dalam pementasan ini adalah nama besar dalam bidang teater seperti Datuk rahim Razali, Liza Othman dan Sharonizam Noor.
“Saya terima kerana saya memang teringin sangat berlakon teater. Sebab teater ini lain emosinya, lain jiwanya. Ini tempat belajar seni persembahan yang terbaik.
“Ia satu persembahan secara langsung dan besar tanggungjawab yang perlu dipikul untuk merealisasikan watak kerana kita menjadi pelakon yang gagal jika khalayak tidak merasai emosinya,” kata Catriona yang bakal melakonkan watak Miss Ruth, pengetua Sekolah Perempuan Methodist, Melaka, tempat Ibu Zain bersekolah.
Pernah mendapat tawaran sebelum ini malang sekali ia tidak dapat direalisasikan kerana Catriona mengalami kemalangan dan terpaksa berehat sehingga 10 bulan setengah.
Kini apabila mendapat peluang, kata gadis berasal dari Kelantan itu, dia tidak mahu melepaskannya apalagi wataknya menarik walaupun tidak besar.
“Kesan watak itu yang penting kerana ia menonjolkan insan yang menyelamatkan pendirian anak bangsa Melayu yang beragama Islam,” katanya yang bakal banyak terlibat dalam babak bersama Avaa dan Nur Fatimah di pentas.
Mazin pula memberitahu, sebagai Amin, suami kepada Ibu Zain, ia merupakan kesinambungan perjalanannya dalam pentas teater. Sebagai Amin, guru bahasa Arab Ibu Zain yang telah mempunyai isteri, Mazin mengakui sukar menjayakan watak tersebut.
Ini kerana kesukarannya mencari gambaran watak tersebut termasuk di Internet namun watak Ibu Zain serta latar belakang zamannya sedikit sebanyak membantunya.
“Saya cuba mencorakkan yang terbaik untuk melahirkan watak Amin dan saya percaya Ibu Zain bakal mendapat perhatian kerana ia bukan sahaja mengikut trend semasa tetapi juga lagu-lagu yang bakal dipersembahkan mampu menarik perhatian,” katanya yang memulakan tapak dalam bidang teater dengan membintangi Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malah bagi Mazin, peluang membintangi Ibu Zain memberinya kepuasan kerana seringkali dia diberi watak orang Inggeris sama ada di pentas mahupun drama tempatan.
Menyenangi watak protagonis, apa yang penting, kata Mazin adalah mesej yang ingin disampaikan dalam setiap lakonannya. Suatu yang Paling disukainya adalah suasana berlakon dalam kuantiti yang ramai kerana bagi Mazin, ia seolah-olah sebuah majlis keraian.
“Tetapi dalam masa yang sama kita sentiasa belajar dan cuba mendalami dunia dan aspek lakonan itu sendiri. Itu yang seronoknya berteater,” tegasnya yang mengakui menyenangi setiap pengalaman yang dikaut pada setiap persembahan teater yang disertainya.




Ada orang berkata teater muzikal Puteri Gunung Ledang berjaya memberi satu anjakan kepada dunia teater tempatan. Semakin ramai yang mula membuka mata terhadap dunia pementasan yang satu ini, selepas itu. Dan selepas muzikal Puteri Gunung Ledang, sekarang ini muncul pelbagai pementasan yang semuanya muzikal.
Terbaru, pementasan teater muzikal Patriot, arahan Rahman Adam yang baru berlalu di Panggung Sari, Istana Budaya dan yang bakal berlangsung pada 12 Ogos hingga 18 Ogos ini, Ibu Zain, juga di panggung yang sama.
Pun begitu, kita masih belum mampu melihat satu pementasan yang berjaya menerobos fenomena yang dicipta Puteri Gunung Ledang yang dipentaskan selama dua musim, dua tahun lalu hatta pementasan P. Ramlee the Musical yang juga diterbitkan oleh produksi yang sama di segi produksinya.
Karya Lantai T. Pinkie antara yang terawal mengikut jejak PGL. Ceritanya tetap enak seperti juga pementasan biasa walau di tangan siapa pun Pinkie.
Tapi bila dimuzikalkan, semacam ada yang kurang. Mungkinkah kerana nyanyiannya tidak dilontarkan secara langsung lalu rasa itu umpama tergantung, tidak lepas dan kurang umph!
Namun usaha pementasan itu wajar dipuji. Kerana perlu diingat, bukan mudah mengerjakan satu projek yang melibatkan pementasan, tidak kiralah muzikal atau apa pun. Di negara ini kalau sebut teater saja orang tak kenal, kalau sebut muzikal baru tahu sekali pun muzikal pun entah apa-apa.
Lebih utama dan dilihat yang paling penting ialah penyampaian teater tersebut kerana sekiranya mereka tidak dapat ‘berkomunikasi’ dengan baik, penonton akan mudah bosan yang akhirnya hanya akan memberikan impak lesu kepada usaha pementasan itu.


1/8/08 : Ahli Politik Diseru Tonton Ibu Zain
Oleh ABD. AZIZ ITARaziz.itar@utusan.com.my


AVAA Vanja (kiri) dan Catriona Bahrin Ross turut antara bintang popular yang akan menjayakan pementasan Ibu Zain.

KETIKA era negara mahu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada tahun 1950-an, terdapat ramai tokoh pejuang tanah air yang telah berkorban jiwa dan raga mereka bagi mencapai matlamat murni tersebut.
Selain menampilkan ramai nasionalis lelaki, negara turut tidak ketinggalan mempunyai tokoh pejuang wanita seperti Ibu Zain yang amat terkenal kerana keaktifannya dalam berbakti kepada anak bangsanya ketika itu.
Justeru, semangat dan jasa Ibu Zain atau nama sebenarnya Zainun Munshi Sulaiman tidak setakat terhenti atau berlegar dalam lipatan sejarah negara ini semata-mata.
Sebaliknya, ia turut diangkat menerusi pementasan teater muzikal Ibu Zain yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur bermula 12 hingga 18 Ogos ini.
Penaung Kehormat teater muzikal Ibu Zain yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan, teater itu bukan setakat patut ditonton oleh para peminat teater tetapi juga ahli-ahli politik.
Katanya, jalan cerita serta mesej daripada pementasan teater muzikal yang sarat dengan unsur patriotik mampu untuk mencetuskan kesedaran terhadap jasa pemimpin terdahulu dalam membawa hala tuju negara pada masa depan.
“Di sini saya mahu menyeru kaum wanita terutamanya ahli-ahli politik supaya menyaksikan pementasan teater muzikal ini. Ini kerana, terdapat banyak mesej-mesej berguna yang mahu disampaikan menerusi karya ini.
“Kita harus mencontohi sikap Ibu Zain yang banyak berjaya dalam mengangkat martabat kaum wanita terutamanya dalam bidang pelajaran, politik serta menaikkan taraf kita dalam masyarakat.
“Jadikan juga perjuangan beliau sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan kita,” katanya selepas melancarkan pementasan teater arahan Rosminah Tahir itu di IB, baru-baru ini.
Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani turut tidak menafikan karya naungan isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Siti Nooriah Ana Abdul Razak itu merupakan kali pertama dipentaskan di panggung tersebut.
Menurutnya, selain menampilkan elemen hiburan seperti muzikal dan lakonan, banyak intipati daripada pementasan itu yang boleh dititipkan terutamanya kepada para penonton generasi baru.
“Tidak semua pementasan di IB berteraskan komersial semata-mata, tetapi kami juga ada tanggungjawab sosial dalam membantu kerajaan mempertingkatkan tahap patriotisme di kalangan rakyat di negara ini termasuklah menerusi medium pementasan teater,” ujarnya.
Selain menyemai nilai patriotik, teater muzikal itu juga tidak keberatan untuk menghulurkan sumbangan hasil daripada kutipan tiketnya jika ia mendapat sambutan para penonton.
Katanya, pementasan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) itu jarang alpa dalam menghulurkan sumbangan hasil pungutan tiket pementasan teater-teater yang pernah mereka pentaskan.
“Sebagai contohnya, ketika kami mementaskan teater Nyonya beberapa bulan lalu kami turut menghulurkan sumbangan kepada pelakon Azean Irdawaty yang menghidap penyakit barah.
“Begitu juga dengan Ibu Zain. Kalau sambutan teater muzikal ini bagus kami sudah tentu akan membantu setakat mana yang terdaya, misalnya sumbangan kepada Kolej Ibu Zain atau Maktab Ibu Zain sebagai mengenang jasa beliau,” katanya.
Pementasan teater muzikal yang mengenakan harga tiket RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 itu menampilkan ramai pelakon popular seperti Datuk Rahim Razali, Sahronizam Noor, Catriona Bahrain Ross, Avaa Vanja, Hisham Ahmad Tajuddin dan Tania Zainal.
Sementara empat pelakon iaitu Liza Othman, Nur Fatimah, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin serta Nurul Syariza Nor Azim melakonkan watak Ibu Zain ketika kecil, remaja, muda dan dewasa.



24/7/08: Ibu Zain Untuk Semua



ADAT: Rosmah merenjis air mawar pada Salfarania Danisha Mohd Zaifulazwan, 8 bulan yang didukung pelakon Liza Othman di Istana Budaya, semalam.



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Ibu Zain adalah lambang tokoh wanita Melayu yang layak dijadikan contoh kepada semua wanita terutama bagi mereka yang menceburi politik negara ini. Isteri Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Ibu Zain adalah tokoh besar kerana banyak meninggalkan inspirasi dan idea di kalangan wanita untuk dijadikan ikon. “Beliau bukan saja cerdik mengajar mengenai dunia kepada anak, malah mampu membimbing mereka supaya tidak meninggalkan tuntutan akhirat



11/7/08: Liza Othman Gementar Lakonkan Watak Ibu Zain
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_07.htm


22/6/08: Melissa Saila Dilamar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_14.htm


13/6/08: Istana Budaya Mampu Kutip Tiket RM 10 Juta
http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

2/6/08 : Teater Muzikal Ibu Zain Menjengah IB
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm






7/8/08: Catt, Mazin raih Kepercayaan



DUA nama ini, Catriona Ross dan Mazin Siraj boleh diibarat pelakon baru di dalam dunia seni tempatan. Masih mengasah bakat yang ada untuk menempat nama di lantai lakon seiring anak seni terkemuka lain.
Tuah nampaknya terus datang menyebelahi. Penglibatan mereka dalam dunia lakon nyata tidak sia-sia, malah turut membuka mata pihak lain apabila diberi peluang menggalas watak dalam sebuah teater bakal menemui audiens tidak lama lagi.
Bukannya sembarangan atau calang-calang teater, tetapi teater yang mampu meniup zarah dan semangat membara patriotisme. Umum mengetahui, lantai teater tempatan sering mempersembah ceritera nasionalisme sebagai bahan penceritaan utama.
Lalu apabila pengarah dan penulis skrip, Rosminah Mohd. Tahir ingin kembali dengan buah tangan terbaru, Teater Muzikal Ibu Zain, pasti ramai yang teruja.
Masakan tidak, sudah pasti peminat tidak mahu ketinggalan terpercik aura teater muzikal berkonsep patriotik yang bakal dicerna penuh bervariasi, sarat melodi dan rentak tari.
Teater ini menggalas tanggungjawab besar, sebesar hasrat nurani untuk membangkitkan apresiasi buat Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Ibu Zain.
Namun, apabila beberapa nama baru bak Catriona dan Mazin dipilih untuk menjana karakter yang tidak kurang hebatnya, maka timbul persoalan, layakkah pelakon mentah ini menjadi aset melatari pementasan bermakna ini.
Si cantik manis, Catriona Bahrin Ross atau lebih mesra disapa Catt tidak gentar saat diminta membela diri. Akui Catt, sejak terjun ke persada lakonan beberapa tahun lalu, impian untuk berlakon teater tidak pernah terpadam di fikirannya.
"Sebelum mengalami kemalangan setahun lepas, saya pernah menerima dua tawaran berlakon teater termasuk daripada Datuk Rahim Razali.
"Saya memang nak terlibat dengan teater. Alhamdulillah, nasib saya baik dan diterima memegang watak Miss Ruth.
"Miss Ruth merupakan seorang pengetua berbangsa Britain yang menghalang kemasukan dan penyebaran dakyah agama Kristian.
"Saya perlu muncul dengan loghat bahasa Inggeris, tetapi tetap punya cinta mendalam terhadap agama Islam serta menyelamatkan anak-anak muda daripada dipengaruhi ajaran Kristian.
"Baik atau buruk bawa watak ini, saya terima seadanya. Bagi saya, kalau saya tidak bermula sekarang, entah bila lagi saya dapat berlakon teater apatah lagi dapat mempelajari akar umbi sendiri.
"Jadi saya akan berikan sepenuh komitmen dan tunjukkan impak terbaik," jelasnya yang memperlihat keterujaan dapat berlakon dalam teater sulungnya, Ibu Zain.
Dari bait kata yang terlahir daripada bibirnya, gadis muda ini memberitahu sama ada berjaya atau tidak, hanya penonton sahaja yang akan memberi jawapan setelah menyaksikan aksinya di lantai teater kelak.
Kali pertama mendalami ilmu teater, komitmen Catt terhadap muzikal ini wajar dipuji. Demi memenuhi tuntutan latihan dan penghayatan watak secara intensif, Catt rela belajar banyak perkara walau bermula daripada bawah.
"Berlakon drama dan teater umpama dua perkara berlainan. Teater memerlukan latihan emosi dan penjiwaan yang penuh berbanding berlakon drama yang direkod.
"Dengan melibatkan diri dalam teater, saya kena buat sehabis baik. Andai ada kesalahan pergerakan atau skrip, saya kena bijak menutup segala kelemahan yang dibuat bagi mengelakkan penonton tersedar.
"Teater memerlukan komitmen seratus-peratus. Itulah kelainan berlakon teater dan drama," jawab Catt lebih lanjut.
Bukan sahaja ujian pertama buat Catt di lantai pementasan, sebaliknya teater ini juga menguji kematangan lakonan untuk menyesuaikan dirinya di sisi pelakon wanita lain seperti Avaa Vanja, Nurfatimah dan ramai lagi.
Mendefinisi teater sebagai bidang seni menuntut kawalan emosi yang cukup kuat, Catt menambah: "Keyakinan diri adalah perkara terpenting dalam menjayakan persembahan teater. Segala-galanya perlu dikawal, begitu juga dengan lontaran vokal, itulah yang paling mustahak. Sebutan kena dijaga termasuk bahasa tubuh dan pergerakan."
Dari segi kelayakan untuk menjadi seorang pelakon dan komitmen yang dicurah, kualiti memang ada pada diri Catt.
Cuma apa yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dengan kemampuan Catt untuk menawan khalayak teater yang lebih selesa dengan nama-nama besar untuk beraksi di pentas gah Panggung Sari, Istana Budaya.Mendapatkan kepastian, tuan empunya badan ada pendapat tersendiri.
"Seperti yang saya katakan tadi, saya akan berikan hasil terbaik buat khalayak. Saya anggap teater jadi platform untuk baiki mutu lakonan saya.
"Mana tahu lepas ini saya akan banyak berlakon dalam teater. Kalau dapat tawaran lain setelah berlakon Ibu Zain, saya tak akan fikir panjang untuk terima," ujar Catt pantas tersenyum manis.
Bagi pelakon kacak, Mazin Ameen Siraj yang memegang peranan Amin mengakui sukar melakukan kajian atau penyelidikan tentang karakter yang dibawa.
"Saya cuba cari di internet, namun tidak menjumpai apa-apa maklumat tentang Amin. Saya hanya menjumpai informasi tentang Ibu Zain.
"Saya boleh katakan skrip Ibu Zain sebenarnya banyak membantu untuk meluah watak Amin dengan baik walaupun adegan saya tidaklah terlalu banyak.
"Nama Amin bagaimanapun tetap disebut-sebut menerusi pengucapan pelakon lain dalam dialog mereka," ungkap Mazin yang telah melibatkan diri dalam lapan buah teater termasuk Ibu Zain.
Mazin menyambung bicara, pengalaman mula melibatkan diri dengan latihan teater ini bermula awal Julai lalu benar-benar membahagiakan Mazin dan barisan pelakon lain.
"Barangkali suasana bekerja di Istana Budaya, grup pelakon berskala besar dan meriah membuatkan kita macam berada dalam satu parti.
"Kami selalu minta tunjuk ajar antara satu sama lain bagi memperhalusi lakonan masing-masing supaya lebih cemerlang. Itulah yang membuatkan kami sentiasa gembira dengan produksi ini.
"Bekerjasama dengan dua individu - Siti Rohayah Attan dan Rosminah Mohd. Tahir selaku orang kuat Teater Muzikal Ibu Zain juga menjadikan semua pelakon dan krew yang terlibat berada dalam situasi santai tanpa menghadapi sebarang tekanan.
"Kami memerlukan persekitaran tenang kala melibatkan diri di dalam teater. Dengan sikap keterbukaan pengarah dan penerbit Ibu Zain, kami dapat bekerja dengan situasi terkawal.
"Walaupun sentiasa amalkan sikap bertolak ansur pada semua pelakon, tapi kami tak ambil kesempatan dengan kebaikan mereka.
"Sebaliknya kami begitu menghormati mereka dan terus menonjolkan lakonan mantap bagi memuaskan hati semua pihak," kata Mazin jujur.
CUBAAN berlakon teater membuahkan cinta baru kepada kedua-dua pelakon ini.
Sebagai maklumat tambahan, Teater Muzikal Ibu Zain juga dibarisi pelakon lain seperti Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Abby Nadzri, Sahronizam Noor dan Hisham Ahmad Tajuddin.
Tiket-tiket untuk menyaksikan Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos ini berharga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150 sudah mula dijual.
Peminat boleh membeli tiket berkenaan di Box Office Istana Budaya atau pembelian menerusi internet laman web, www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600 untuk maklumat lanjut




27/7/08: Masih Avaa yang sama - Kontroversi lakonkan watak wanita Kristian
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm






SAYA seorang Islam yang tahu batasan agama’ – Avaa

AVAA VANJA, 28 tahun, namanya tiba-tiba menjadi subjek untuk diperdebatkan. Semua gara-gara keberaniannya membawa karakter Miss Shellabear – seorang guru beragama Kristian Katolik dalam teater perdana, Ibu Zain yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 12 hingga 18 Ogos depan.
Miss Shellabear ialah guru sekolah Inggeris yang berusaha memujuk pejuang wanita, Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) supaya memeluk Kristian.
Avaa yang saya temu bual melalui telefon sedikit pun tidak melenting kalau ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai satu kontroversi.
Hanya kata pelakon cantik bermata galak ini, dia tidak mahu ada pihak yang memanipulasi situasi karakter yang sepatutnya dilihat dari sudut positif berbanding negatif.
“Buka minda dan lihat mesej di sebalik karakter ini,” tegas Avaa tenang.
Berapa lama kamu ambil masa untuk bersetuju membawa watak ini?
Tak lama (ketawa). Selepas Kak Nasha Aziz tidak boleh membawa watak ini kerana tuntutan kerja lain, saya bersedia menggalas cabaran ini.
Pertama kali ditawarkan saya terus bersetuju. Bukan untuk kontroversi, tapi saya melihat mesej yang sangat kuat di sebalik Miss Shellabear.
Banyak pihak melihat karakter Miss Shellabear sebagai satu kontroversi.
Okey, pertama sekali saya kira semua pihak kena memahami mesej Ibu Zain ini terlebih dahulu. Saya ingin bercakap daripada konteks Ibu Zain keseluruhannya terlebih dahulu sebelum menyentuh isu Miss Shellabear.
Ini adalah cerita perjuangan. Saya melihat perjuangan ini dari perspektif lain di mana pada zaman ini, tak ramai wanita yang mempunyai semangat jati diri, nasionalisme dan patriotisme yang tinggi. Itu tentang Ibu Zain.
Karakter Miss Shellabear pula wujud kerana Ibu Zain.
Kamu seorang Islam membawa watak seorang penganut Kristian dan kemudian cuba memujuk seorang lagi Islam agar memeluk Kristian?
Perkara yang ingin saya tegaskan ialah Ava dan Miss Shellabear adalah dua individu berbeza. Dan yang mengajak Ibu Zain memeluk Kristian pada ketika itu adalah Shellabear, bukannya Avaa.
Jadi kami memang berbeza. Kalau orang berasa tidak selesa, mereka patut ingat semula bahawa saya hanya melakukan kerja saya secara profesional.
Di luar bidang saya, saya adalah Avaa yang sama. Seorang Islam yang tahu batasan agama.

Sebenarnya apa ada pada karakter Miss Shellabear sehingga ia menjadi satu tabu bagi khalayak?
Jujurnya, pada saya, tidak ada apa-apa. Watak ini tidak menonjolkan saya sebagai sedang mengkaji atau menghayati Katolik. Ia hanya menjelaskan saya sebagai wanita Inggeris yang menjadi penganut agama tersebut.
Hanya ia menjadi sensitif kerana dialog yang diucapkan. Harus ditegaskan di sini, Shellabear bukan mengkristiankan Ibu Zain seperti yang disalah erti.
Tapi hanya cuba mengajak dan memujuk. Dan tolong ingat ya, bukan Avaa yang ajak, tapi Shellabear.
Tapi khalayak akan sentiasa memikirkan yang ‘hitam’ dahulu baru yang ‘putih’.
Kalau orang fikir saya teruk hanya kerana bersedia melakonkan watak ini, dia mengaibkan diri saya. Sebab macam saya kata tadi, saya seorang Islam.
Saya dibesarkan dengan didikan yang sempurna dan saya tahu membezakan yang putih atau hitam.
Tengoklah pada mesej yang baik kepada Islam dalam teater ini. Bangun, buka minda, bukan melihat pada sifat humaniti, tapi mesejnya. Dan nanti, akan mengerti apa maksudnya sebuah lakonan.
Okey, apa kesukaran membawa Miss Shellabear?
Setakat tiga minggu menjalani latihan, sebenarnya apa yang paling sukar bukanlah dari segi lakonan. Tapi bagaimana saya menghantar mesej itu kepada penonton.
Namun keseluruhannya, ia sebuah kembara yang menarik kerana bagaimana karakter ini berhadapan dengan situasi mahu ‘menggoda’ keteguhan iman orang lain serta keangkuhan dan emosi. Ia sangat menarik.
Jadi sekarang bagaimana kamu melihat hal ini?
Agak mengujakan kerana sekurang-kurangnya khalayak sedar tentang teater ini. Dan sebagai pelakon, saya cuba menjalani kerjaya saya sehabis baik dan profesional.
Saya melakonkan karakter ini kerana diberi rezeki oleh Tuhan. Jadi apa yang berlaku pada kemudian hari adalah antara saya dengan Tuhan. Jangan aibkan saya kerana saya menjalankan tugas saya.
Kamu memang suka cabaran? Karakter gelap atau hitam misalnya?
Ya, saya sukakan cabaran atau karakter-karakter gelap dalam dunia lakonan. Kerana saya selalu melihat keindahan dan kecantikan di sebalik watak hitam. Ada jiwa yang lebih kental dan mesej yang lebih baik daripada karakter biasa. – MALIAH SURIP




17/7/08: Ibu Zain di Pentas



LIZA OTHMAN menganggap karektor Ibu Zain bukan mudah untuk diterjemahkan.
Nama Ibu Zain yang terkenal sebagai seorang tokoh guru, nasionalis dan pejuang hak wanita sememang sudah dikenali ramai. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak mengenali ataupun pernah mendalami kehidupan wanita yang banyak berjasa kepada negara ini.Wataknya belum pernah dirakamkan sepenuhnya dalam filem mahupun teater. Dan sempena sambutan bulan kemerdekaan ini, Istana Budaya (IB) dengan kerjasama
Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) akan menghiburkan audiens dengan teater muzikal Ibu Zain. Bakal dipentaskan pada 12 hingga 18 Ogos ini pukul 8.30 malam, pementasan ini akan dibahagikan kepada tiga tema iaitu pendidikan, persuratan dan politik.
Dianggarkan lebih 78 orang akan terlibat dalam produksi yang memaparkan 20 buah lagu. Menariknya teater ini juga akan menyaksikan empat orang berlainan memainkan watak Ibu Zain dari peringkat usia berlainan. Liza Othman pula diberi tanggungjawab untuk menjayakan Ibu Zain atau nama sebenarnya, Zainun Munshi Sulaiman ketika berusia 30-an hingga 50-an. "Secara jujur, saya berasa takut untuk melakonkan watak Ibu Zain kerana watak itu amat berkuasa. Beliau merupakan tokoh yang mulia dan telah banyak berjasa. "Saya bimbang kalau watak Ibu Zain yang akan saya lakonkan ini tidak dapat menyakinkan penonton, ada yang akan kata saya tidak menghargai beliau," jelas Liza ketika ditemui pada sidang media teater itu di IB.
Pernah melakonkan watak Ibu Zain sebelum ini dalam filem 1957 : Hati Malaya dan teater Merdeka, Merdeka, Merdeka, Liza bagaimanapun memberitahu wataknya ketika itu bukannya fokus utama.
Maka apabila Liza diberikan peranan berat ini tanpa perlu menghadiri sesi uji bakat, perasaan takut bertambah terutamanya selepas mendengar sendiri rakaman audio Ibu Zain. "Selepas mendengar sendiri daripada mulutnya, baru saya ketahui bahawa dirinya begitu kuat. Lagipun dulu semasa saya memainkan watak Ibu Zain, peranan saya kecil sahaja.
"Kali ini adalah cerita mengenai Ibu Zain sepenuhnya. Jadi bukan mudah untuk menghayati tokoh yang berkarisma ini," tambahnya lagi pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani. Selain daripada penyelidikan biasa, Liza juga memberitahu ibu bapanya ada memberikan sedikit sebanyak maklumat kerana merupakan kenalan Ibu Zain.
"Saya tidak pernah membayangkan Ibu Zain melalui kehidupan yang begitu menarik. Dia bekerja keras untuk mengubah nasib wanita. Dan menerusi visinya, saya sendiri juga telah mendapat idea bagaimana untuk mendidik anak dengan lebih berwibawa," katanya yang mempunyai tujuh orang anak.
Penyelidikan mengenai Ibu Zain sebenarnya telah dijalankan bermula tahun 1996. Namun, selepas pihak IB menyuarakan hasrat untuk mementaskan kisah Ibu Zain, penyelidikan secara serius dilakukan selama enam bulan.
Selain di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Arkib Negara, Filem Nagara, pihak PPWM juga melawat Johor dan Melaka untuk mengumpul maklumat.
"Kami juga bernasib baik kerana berpeluang mendengar temu bual Ibu Zain yang diperolehi daripada Arkib Negara. Dalam rakaman audio selama tiga jam itu yang dirakamkan pada tahun 1974, kami lebih memahami dirinya serta perjalanan kehidupannya," kata pengarah dan penulis skripnya, Rosminah Tahir.

Selain Liza, Nur Fatimah, Tengku Iezahdiyana Nurhanie dan Nurul Syariza yang memegang watak sebagai Ibu Zain, teater ini turut menampilkan Datuk Rahim Razali (Munsyi Sulaiman), Zaefrul Nordin (Datuk Onn), Mazlan Tahir (Syed Sheikh Al Hadi), Mazin Ameen Siraj (Cheeseman), Tania Zainal (Munah), Abby Nazri (Jamilah), Sahrolnizam Noor (Yunus) dan Hisham Ahmad Tajuddin (Pandak).
Harga tiket teater muzikal Ibu Zain dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-4024 8715 atau layari laman web www.ibuzain.blogspot.com atau
http://www.istanabudaya.gov.com/




Avaa: Saya hanya dalami watak mubaligh bukannya penganut Kristian!http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_52cb1826-c0a85062-14c4ac90-795b904b

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
WALAUPUN pertama kali beraksi di pentas teater, pelakon dan model Avaa Vanja Mohamad Ramli, 28 bukannya mendapat watak biasa-biasa seperti pelakon yang baru hendak mengenali dunia teater.
Namun, watak yang diberikan oleh pengarah dan penulis skrip Rosminah Tahir melalui teater Muzikal Ibu Zain kepada Avaa lebih kepada watak berat yang mungkin tidak semua pelakon mahu melakonkannya.
Watak antagonis Shellabear lakonan Avaa dalam teater Muzikal Ibu Zain. (Foto mStar oleh Siti Azira Abd. Aziz)Ini kerana, watak yang digalas oleh wanita berketinggian 5' 9" ini boleh mencetuskan kontroversi jika dia tersilap langkah.
Apa pun, bagi Avaa secara peribadinya menganggap watak seorang mubaligh kristian iaitu Shellebear yang dilakonkan dalam muzikal tersebut hanyalah lakonan semata-mata.
Di dalam teater berdurasi dua jam ini, penonton akan melihat salah satu babak lakonan Avaa sebagai pengasas Sekolah Perempuan Methodist, Melaka yang cuba mempengaruhi pelajarnya, Zainun atau Ibu Zain lakonan Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin supaya menganut agama Kristian.
“Itu hanya sekadar lakonan. Jika pelakon itu bijak, dia akan tahu cara hendak interpretasi lakonan itu sendiri. Rasanya, tidak salah saya membawakan watak tersebut kerana saya masih lagi seorang Islam.
“Babak yang saya lakonkan itu juga memberikan mesej yang kuat di mana ia menceritakan tentang kekuatan agama Islam itu sendiri.
“Saya hanya dalami watak dan bukannya pegangan. Yang pasti, saya masih mengucap dua kalimah syahadah dan mengakui hanya Allah yang berkuasa,” tutur Avaa yang sememangnya terkenal sebagai pelakon yang selalu mendapat watak berat.
Contohnya, dia pernah berlakon sebagai seorang penyanyi kelab malam yang seksi dan menggoda dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid. Tetapi, mungkin watak tersebut tidak terlalu mencetuskan kontroversi seperti lakonannya di dalam Muzikal Ibu Zain ini.
Belum pun Avaa membuka mulut, isu dia berlakon sebagai mubaligh Kristian sudah tersebar di salah satu forum di internet serta mendapat perhatian dan kritikan yang pelbagai.
Ulas Avaa, dia sendiri sudah membacanya dan tidak merasakan ia boleh menjadi isu
Avaa tak sabar melakonkan watak Shellabear di pentas Istana Budaya. (Foto Siti Azira)besar. Namun, samada orang mengata atau tidak, dia tekad dengan keputusannya untuk melakonkan watak tersebut.
“Selepas ini, terserahlah kepada orang lain nak cakap apa mahupun hendak mempertikaikan lakonan saya sebagai seorang penganut agama Kristian. Yang saya hairan, kenapa mereka tak boleh terima apa yang saya cakap?
“Saya percaya kepada diri-sendiri dengan apa yang dilakukan. Saya buat pun berdasarkan fakta yang terkandung dalam kisah hidup Ibu Zain. Jadi, kenapa tak boleh terima? Adakah sebab mereka ini suka ‘membuat-buat’ cerita agar ia menjadi lebih menarik dan apa motif sebenar mereka?
“Kalau bukan sebab saya membaca apa yang mereka tulis di dalam forum itu, mungkin saya takkan mengambil berat tentang apa yang dikatakan.
"Sekarang saya dah beri jawapan dan tetap akan lakonkan watak Shellebear kerana komited dengan kerja,” jelas Avaa yang berkali-kali mengatakan dia percaya kepada diri-sendiri dan mempersoalkan sebab orang ramai tidak boleh menerima alasannya.
Menurut Avaa, ini bukanlah kali pertama dia menerima kutukan dan kritikan ‘pedas’ kerana ada lagi kontroversi yang dirasakan melampau. Diminta mengulas tentang isu yang dikatakan melampau itu, Avaa berkata, “Biarlah, kalau boleh saya tak nak ingat lagi perkara yang lepas.”
Sudah menjadi adat kepada mana-mana artis yang berkecimpung dalam industri seni ini untuk menerima pelbagai tohmahan dan umpat caci orang apabila setiap gerak-geri diperhatikan. Inikan pula Avaa yang sudah menghabiskan masa kira-kira 10 tahun dalam industri ini.
Gadis berzodiak Gemini ini turut memberikan jawapannya apabila diminta mengulas tentang samada dia pernah bertanya atau merujuk mana-mana ahli ulama atau pakar agama tentang lakonan yang sudah menimbulkan kontroversi ini.
“Seperti yang saya katakan tadi, saya menganggap watak ini hanya sekadar lakonan. Saya tetap dengan pendirian dan mempunyai perancangan tersendiri.
“Jadi, saya tak tanya mana-mana ulama kerana merasakan didikan yang diterima daripada ibu bapa sejak kecil sudah cukup kuat untuk membuatkan saya yakin untuk melakonkan watak ini,” tambah Avaa yang turut membuat rujukan melalui Rosminah selain rujukan sendiri.
Dalam pada itu, Rosminah selaku pengarah dan penulis skrip teater terbitan Siti Rohayah Attan ini berkata pemilihan Avaa untuk membawakan watak Shellebear disebabkan dia mempunyai ciri-ciri wajah Pan Asian.
"Seperti watak Miss Ruth, kami telah memilih Catriona Ross kerana berwajah Inggeris. Sebelum ini, kami ada juga mencari pelakon bukan Islam untuk melakonkan watak tersebut tetapi tidak dapat.
"Pada mulanya kami hendak mengambil Nasha Aziz kerana wajahnya nampak macam orang putih. Tetapi beliau menolak kerana mempunyai komitmen lain.
"Kebetulan, Avaa mempunyai wajah Pan Asian dan sebab itu saya memilihnya. Sebelum itu, kami sudah bertanya kepada Avaa samada dia kisah atau tidak dengan skrip seperti itu dan dia kata ok," terang Rosminah.
Malah, perkara pertama yang difikirkan oleh Avaa apabila mendapat tawaran tersebut, dia sememangnya tidak sabar untuk melakonkan watak Shellebear.
“Watak Shellebear bukanlah watak fiksyen tetapi watak yang betul-betul wujud dan menjadi lagenda kepada Ibu Zain sendiri. Watak ini juga memberikan impak yang kuat kepada Ibu Zain apabila Shellebear telah menguji keimanannya untuk bertukar agama lain.
“Hanya dua babak untuk watak Shellebear. Saya rasa babak lakonan Shellabear sangat penting kerana dinamik cerita takkan best kalau babak ini tiada. Babak ini memang fiksyen dan memang berlaku dalam sejarah hidup Ibu Zain,” ujar Avaa yang telah lama berhajat untuk berlakon teater.
Avaa juga menerima tawaran tersebut untuk mengembangkan skill lakonan dan mencuba environment yang baru.
“Saya menganggap ia sebagai rezeki apabila pertama kali berlakon teater dan terus mendapat watak yang kuat,” tutur juruanimasi di sebuah syarikat produksi e-learning, Go-Fusion yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Subang, Selangor.
Tentang perancangan masa depan, Avaa dijangka akan melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan pada tahun depan.
“Tahun ni susah sangat sebab saya nak tumpukan kepada lakonan dahulu. Saya juga sedang menunggu persetujuan geran dari Finas untuk membiayai pelajaran saya di luar negara,” beritahu Avaa yang teringin untuk menuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia.
Selepas itu, dia bercita-cita untuk mengambil kursus vocal and speech kerana berhasrat mengajar pelakon-pelakon yang ingin mendalami lakonan mereka.
Mengenai perkembangan lain, Avaa akan muncul dalam sebuah telefilem Hilang arahan Murad Ali di samping pelakon Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair pada Ogos depan yang mana dia melakonkan watak seperti seorang lelaki atau ‘tomboy’.
Selain itu, Avaa juga akan muncul dalam drama 26 episod Jihad Khadijah untuk RTM.
Sebelum ini, Avaa banyak terlibat dalam drama TV seperti Spanar Jaya, Tiga Teruna, Cinta Tiga Segi, Sembilu dan Gerak Khas. Antara filem lakonan dia pula adalah Dukun, Kala Malam Bulan Mengambang dan Shh..Dia Datang yang bakal ditayangkan tahun depan.
Saksikan Avaa, Liza Othman, Nurfatimah, Datuk Rahim Razali, Catriona Bahrin Ross dan ramai lagi dalam teater Muzikal Ibu Zain di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 12 hingga 18 Ogos depan, pukul 8.30 malam.
Tiket dijual pada harga RM30, 50, 80, 100 dan 150 melalui box-office 03-40248715 atau 03-40265558. Talian dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang atau 10 pagi hingga 8 malam pada hari persembahan. Untuk maklumat lanjut, layari www.istana budaya.gov.my atau
www.ibuzain.blogspot.com


Budiey's


Sekitar Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Jun-Disember Istana Budaya
http://www.budiey.com/sekitar-majlis-pelancaran-program-istana-budaya-jun-disember-2008/

Avaa Vanja Pegang Watak Mubaligh Kristian dalam Teater Ibu Zain








Sidang Media Teater Muzikal Ibu Zain


Pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain





No comments:

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html