Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

May 25, 2008

Penerbit Teater

Siti Rohayah Attan

GRADUAN Universiti Sains Malaysia (USM) ini pernah bertugas sebaai Editor di akhbar Utusan Malaysia, kemudian meletakkan jawatan 11 Januari 2004 setelah 10 tahun berkhidmat di akhbar tersebut. Beliau pernah mengarah teater karyanya sendiri seperti Mencari Juita (1998), Akulah Perempuan Itu (1998) dan Bulan Menangis (2003).
Diberi kepercayaan oleh Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan mengarah Pelayaran Nur Atma (1999). Kemudian mengarah Dejavu Seorang Perempuan karya Ismail Kassan pada 1999. Teater ini dipentaskan sebanyak tiga kali iaitu pada 1999 kemudian Januari 2004 ditukar menjadi Dejavu. Teater yang sama dipentaskan di Istana Budaya pada September 2004 di bawah arahannya.
Beliau juga mengarah teater Nyonya karya penulis Indonesia, Wisran Hadi pada 2004 di Kuala Lumpur dan Seremban.
Di samping itu beliau banyak mengarah persembahan pentas seperti Malam Puisi Utusan antaranya disertai oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (1996) yang membacakan puisi Perjuangan Yang Belum Selesai. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga turut mengambil bahagian pembacaan puisi arahannya pada Mei 2003.
Beliau bertindak sebagai Penerbit dan Pengurus Produksi bagi pementasan teater Nyonya (di Kedah, 2007 dan Istana Budaya, 2008), Muzikal Lantai T.Pinkie (di Istana Budaya & Perak tahun 2006), Anugerah (2002/1996), Lantai T.Pinkie (2000/1997/1996), Kereta Kencana (pementasan khas kumpulan Rendra yang dibawa khas dari Indonesia -1998), Taman Baginda (1998) dan Assyura (1997).
Anak kelahiran Melaka ini juga banyak menimba pengalaman dalam bidang teater di peringkat antarabangsa. Pernah mewakili Malaysia dalam Bengkel Penulisan Drama Majlis Sastera Asia Tengara di Bogor, Indonesia (tahun 2000/2001), Festival Teater ASEAN di Brunei (1994) dan mengadakan lawatan serta menyertai seminar di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Australia, Thailand, Singapura, Perancis dan Filipina.
Berpaksikan konsep feminisme beliau turut menghasilkan novel seperti Cinderella, Romoe & Juliet, Meniti Ranjau Kasih, Trilogi Wajah Wanita, Di Sini Luruhnya Musim Kasih, Primadona Minden, Kasih dan Airmata, She’s Is Johana dan banyak lagi. Terlibat juga dalam penulisan drama televisyen seperti Mencari Al-Zahra, Hujan Di Hati Kamariah, Mama Rock Skuter Merah dan lain-lain.

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html