Muzikal Ibu Zain : Emas Tempawan

Ibu Zain PC @ The Star Online TV

Muzikal Ibu Zain (MaTIC) @ Chopie's www.lemon9.com

Showing posts with label Datin seri paduka rosmah mansor. Show all posts
Showing posts with label Datin seri paduka rosmah mansor. Show all posts

August 30, 2008

PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN

Majlis Pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain


Tarikh : 23 Julai 2008
Masa : 3 petang
Tempat : Lambang Sari, Istana Budaya, KL


Vip :
1) YBhg Datin Seri Rosmah Mansor (Isteri Timbalan Perdana Menteri)
2) YBhg. Datin Seri Nooriah Ana Abdul Razak (Isteri Menteri Wilayah Persekutuan)

PELAKON: Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Catriona Rossa, Ava Vanja,
Shahronizam Noor, Mazin Ameen Siraj, Nur Fatimah Abdul Wahab,
Tania Zalina Zainal Abidin dll





Penuh adat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melaksanakan adat cukur jambul Ibu Zain.









Tenaga Usaha Teater Muzikal Ibu Zain bersama VVIP.





Interaksi bersama media




(Dari Kiri: Ketua Pengarah IB; Tuan Mohd. Juhari Hj Shaarani, Penaung Kehormat; Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung; Datin Seri Nooriah Ana, Pengarah Teater Muzikal Ibu Zain; Cik Rosminah Tahir)



Pelakon-pelakon Cilik Bersalaman dengan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor






Kehadiran rakan-rakan dari media amat bererti bagi warga Ibu Zain. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir & menjayakan majlis pelancaran Teater Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya.

August 4, 2008

Ucapan Penaung Kehormat: Datin Paduka Seri Rosmah Mansor


DRAF UCAPAN MAJLIS PELANCARAN TEATER MUZIKAL IBU ZAIN 23 JULAI 2008 DI ISTANA BUDAYA.

Assalamualaikum w.b.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.


Barangkali sebahagaian daripada kita tidak pernah tahu betapa sulitnya perjalanan hidup tokoh-tokoh termasyor dunia termasuk tokoh-tokoh wanita yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum dinobatkan sebagai wirawati. Sepertimana tokoh-tokoh wanita terbilang negara, kita mengetahui sejarah mereka kerana ada penulisan dan berita. Namun saya percaya ada lagi kisah menarik yang tidak terpapar di mana-mana pendokumentasian. Terutama kisah-kisah yang terjadi disebalik peristiwa sejarah yang tercatat.

Maka itu adalah wajar jika kisah ketokohan dapat diperolehi melalui seni persembahan seperti yang sedang diusahakan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia bersama Istana Budaya untuk mementaskan kisah IBU ZAIN sejarawan Negara melalui Teater Muzikal Ibu Zain pada 12 hingga 18 Ogos nanti. Pemilihan tarikh pementasan sesuai sekali dengan “mood” bulan kemerdekaan dan pemilihan tokoh seperti Ibu Zain sudah tentu akan menggamit jejak-jejak perjuangan anak watan ketika menentang penjajah.


Tuan-tuan dan puan-puan,
Ibu zain mendapat pendidikan terbuka mengikut secular barat seiring kukuh dengan ilmu agama yang dititipkan oleh ayahnya Munsyi Sulaiman. Kedua-dua ilmu tersebut dimunafaatkan dalam perjuangannya membangunkan pendidikan untuk anak bangsanya sejak beliau berusia 13 tahun. Menubuhkan tadika pertama dipinggir hutan sempadan Pahang-Negeri Sembilan sekitar 1916 menunjukkan betapa semangat dan keringatnya tumpah tidak mengira tempat dan suasana tetapi berani bertindak demi memandang jauh kedepan bahawa anak-anak bangsanya jika tidak berilmu, tidak akan ada pembangunan dan tidak akan bernyawa sebuah Negara bangsa.

Tokoh besar dalam sejarah Negara ini telah meninggalkan inspirasi dan idea dikalangan kaum ibu untuk menjadi ibu manusia yang cerdik yang dapat mendidik anak-anak kenal dunia tanpa meninggalkan tuntutan akhirat seperti slogan katanya “Agama dididik moden dibela”.

Sebagai pendidik Ibu Zain bukan sahaja mengajar di sekolah tetapi juga melalui persatuan guru dan perkumpulan perempuan yang ditubuhkan serta menyalurkan nasihat dan pendapat melalui penulisan di majalah dan akbar waktu itu seperti “Bulan Melayu” dan “Majalah Guru”.

Keunggulannya melontarkan pemikiran-pemikiran baru dalam hukum Islam yang selaras dengan tuntutan masyarakat terutama memperjuangkan hak perempuan dan anak-anak telah mendekatkan Ibu Zain dengan segenap lapisan masyarakat hingga memudahkan beliau melibatkan diri menuntut kemerdekaan. Penentangan terhadap Malayan Union menyerlahkan ketokohan ibu Zain sebagai pemimpin hingga kemudiannya dilantik menjadi Ketua kaum Ibu UMNO dan menjadi ahli parlimen.

Semangat perjuangan Ibu Zain terhadap pendidikan, pesuratan dan politik tidak pernah luntur sepanjang hayatnya. Penemuan ini ingin jika dapat dirungkaikan dalam TEATER MUZIKAL IBU ZAIN, akan menjadi satu wadah menyalurkan sejarah keperibadian manusia yang dapat mendorong genarasi hari ini membaktikan diri pada nusa dan bangsa supaya menjadi ilmuan muda yang selalu ingin tahu dan menghargai tokoh-tokoh terdahulu yang telah membina peradaban bangsa.

Ibu Zain emas tempawan
langkahnya mendahuli masa
Ibu manusia bonda pahlawan
kasihnya tumpah pada semua
Ibu zain wanita perkasa
dewasa semasa remaja
remaja dikala berusia
membisik ketuanan milik kita

Semuga cita memenuhi hasrat. Semuga hasrat menjadi berkat dan contoh tauladan yang sepadan, dengan ini saya melancarkan pementasan produksi teater muzikal IBU ZAIN.

Terima kasih.

Interview Avaa & Murai

googlefc89ff6f02544294.html